Tuesday, November 22, 2011

Pakatan 'racuni' peminat Indonesia benci Malaysia?

Assalamualaikum.

Pakatan 'racuni' peminat Indonesia benci M'sia.
Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.

"Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia."Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.
"Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya ‘Maling’ yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini.
Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan.
http://malaysiakini.com – 21 November 2011.

Apalah punya rendahnya tahap pemikiran seorang Timbalan Menteri hingga mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal, tiba-tiba Pakatan Rakyat di Malaysia ini pula dipersalahkan dan hal-hal politik pula dikaitkan dengan bola sepak sempena Sukan SEA.

Teringat dulu ketika malam keputusan tiga pilihanraya kecil pada tahun 2009. Pada malam yang sama berlaku insiden keganasan penyokong bola sepak di Kelantan hinggakan kenderaan polis dibakar. Nak menunjukkan bahawa golongan peminat bola sepak fanatik ini adalah di kalangan mereka yang tidak ambil berat hal politik.

Kalau ada pun kaitan dengan isu politik antara Malaysia dan Indonesia ianya bukanlah sebab Pakatan Rakyat. Ianya mungkin kerana mereka telah terpengaruh oleh pertubuhan BENDERA di sana yang sebelum ini sering menyemaikan kebencian terhadap negara Malaysia.

Jadi Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri yang jaga sukan tak perlulah nak memperbodohkan rakyat Malaysia. Sukan khususnya bola sepak sebagaimana yang kita tahu sifatnya memang begitu, penuh dengan sentimen dan emosi. Sesama rakyat Malaysia pun boleh bergaduh kerana bola sepak.

posted by Lidah Penghunus @ 8:57 AM   1 comments

1 Comments:

At 3:08 PM, Anonymous Anonymous said...

Dia takut nnti org indon x undi BN..

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter