Thursday, November 03, 2011

Siapa pun penganjur, Seksualiti Merdeka mesti ditentang.

Assalamualaikum.

Belum pun reda tentang penganjuran konsert oleh artis Elton John yang mengamalkan gay kini timbul pula penganjuran Seksualiti Merdeka yang membela golongan lesbian, gay dan golongan songsang yang lain atas nama demokrasi dan hak asasi.

Seperti yang dijangka PERKASA akan mengambil kesempatan atas isu ini untuk menyerang pengerusi BERSIH, Ambiga kerana akan merasmikan program untuk golongan songsang ini. Tidak kurang juga yang menempelak PAS dengan mengatakan bahawa Ambiga adalah pemimpin BERSIH yang turut disertai oleh PAS. Ketika isu himpunan BERSIH dahulu pun mereka mengaitkan Ambiga dengan IFC.

Apa yang saya hendak beritahu di sini, ketika timbulnya isu IFC sekitar 5 atau 6 tahun dahulu, PAS dan beberapa NGO yang menentang sekeras-kerasnya pertubuhan IFC dan ada diantara telah ditahan kerana berdemonstrasi menentang forum-forum dianjurkan oleh IFC ini. Ketika itu tiada pun suara bantahan daripada Umno dan NGO 'mesra' Umno.

Kini apabila timbulnya rancangan daripada beberapa NGO hak asasi untuk anjurkan Seksualiti Merdeka dan dijangka akan dirasmikan oleh Ambiga, maka esok, Jumaat, 4 November 2011 Dewan Pemuda PAS dan beberapa NGO Islam yang lain akan mengadakan demontrasi besar-besaran di setiap masjid negeri dan salah satunya di Masjid Kg Baru bagi membantah penganjuran program yang bertentang dengan cara hidup semua agama ini.

Memang benar Ambiga adalah pengerusi bagi Gabugan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) yang turut disertai PAS, tetapi Ambiga bukan pimpinan PAS dan BERSIH hanyalah sebuah tuntutan yang PAS bersetuju untuk menyertai kerana tidak melanggar batas-batas syariah. Oleh itu diharapkan isu ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan dijemput sekali PERKASA dan Pemuda Umno ke demonstrasi esok.

posted by Lidah Penghunus @ 4:56 PM   1 comments

1 Comments:

At 4:15 PM, Anonymous Anonymous said...

agak2 kalo ambiga anjurkan bersih 3.0 selepas penganjuran seksualiti merdeka ini, ustaz ikut tak? sekadar pertanyaan.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter