Tuesday, July 30, 2013

Rupanya kerajaan BN lebih iktiraf Kerajaan Komunis China daripada Kerajaan Hamas Palestin.

Assalamualaikum.

Menteri: Jangan banding PKM dengan komunis China.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng tidak sepatutnya membandingkan hubungan Malaysia dan China dengan sejarah Parti Komunis Malaya (PKM) dalam kenyataannya berhubung filem kontroversi 'The New Village'.
Sedangkan, hubungan yang terjalin dengan negara seperti China, Cuba dan Vietnam itu merupakan hubungan diplomatik dengan kerajaan yang diiktiraf, kata Khairy. http://www.malaysiakini.com - 29 Julai 2013

'M'sia tak iktiraf Hamas tapi sokong negara Palestin'
Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin, kata Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
"Oleh kerana Malaysia ahli kepada PBB, kita tiada pilihan melainkan tidak mengiktiraf Hamas. http://www.malaysiakini.com - 20 November 2012.

Adalah pelik kerajaan Malaysia yang mengiktiraf serta menjalinkan hubungan diplomatik dengan Komunis China dalam masa yang sama tidak mengiktiraf Kerajaan Hamas Palestin yang dipilih oleh rakyat.
Alasan yang diberikan, sebagai anggota PBB mereka terikat dengan ketetapan pertubuhan itu tidak mengiktiraf Hamas.

Sedangkan PBB yang diperkudakan oleh Amerika jelaskan gagal dalam menyelesaikan isu-isu kemanusiaan terutamanya yang berkaitan dengan umat Islam di Palestin. Sebenarnya ini membuktikan bahawa Malaysia yang ditadbir oleh BN tunduk kepada Amerika dan sekutu-sekutunya.

Jika dahulu Amerika mensasarkan komunis sebagai agen kepada keganasan. Kini setelah Komunis bukan lagi ancaman kepada Amerika, mereka mengalihkan pula sasaran kepada Islam.

Dan yang lebih menyedihkan negara umat Islam sendiri turut tidak mengiktiraf pertubuhan seperti Hamas atas sebab label ganas yang diberikan oleh Amerika.

posted by Lidah Penghunus @ 10:43 AM   2 comments


Free Hit Counter