Tuesday, August 06, 2013

MCA mahu Komunis China jadi sifu mereka.

         Assalamualaikum.

MCA mahu belajar dari Parti Komunis China.
MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.
"Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA hari ini.
Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme.
"Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya.
Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun.  http://www.malaysiakini.com - 5 Ogos 2013.

Dalam keributan kontroversi filem New Village yang dikatakan mengagungkan komunis. Tiba-tiba MCA nak jadikan komunis di Negara China sebagai sifu mereka pula. Saya akui belum pernah menonton filem New Village jadi saya tak boleh nak komen lebih-lebih.

Tetapi jika filem New Village dilihat mengagung-agungkan komunis, adakah hasrat MCA untuk bersifukan komunis China tidak dilihat sebagai mengagungkan komunis? Jika MCA kata bahawa lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi, filem New Village juga bukan soal ideologi tetapi lebih kepada percintaan yang berlatarbelakangkan peristiwa darurat sekitar tahun 1948.

Jika tuan-tuan perhatikan tv di negara kita juga banyak terlepas cerita-cerita yang mengagungkan  ideologi atau fahaman tertentu. Contohnya ada suatu rancangan kartun yang memaparkan kisah sebuah keluarga yahudi yang digambarkan baik dan ada juga cerita yang mengisahkan penganut fahaman syiah.

Mana dia suara-suara NGO Islam dalam membantah cerita-cerita sebegini. Mengapa perlu ada double standard?

posted by Lidah Penghunus @ 4:24 PM   2 comments


Free Hit Counter