Wednesday, September 26, 2012

Aduhai Suria KLCC bawah menara berkembar kebanggaan negara.

   Assalamualaikum.

PERKASA ancam pulaukan Suria KLCC.

Kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) memberi amaran akan memulaukan pusat membeli-belah Suria KLCC kerana mendakwa pihak pengurusannya bersikap pilih kasih dan menindas seorang peniaga bumiputera Melayu perempuan yang telah 14 tahun berniaga di situ.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran itu dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Sherifah Salim, seorang pengusaha francais Foto Point yang mendakwa ditamatkan kontrak sewanya walaupun beliau membayar sewa tepat pada masanya dan mendapat keuntungan dari perniagaannya.
Sharifah mendakwa, beliau turut dinafikan premis perniagaan yang lebih besar walaupun kemudahan yang sama diberikan kepada peniaga bukan bumiputera yang lain.
Beliau juga mendakwa, turut diberi amaran sewanya akan dinaikkan daripada RM22,000 sebulan kepada RM45,000 sebulan jika tidak mengosongkan premisnya menjelang 30 september ini.
"Kita boleh edar risalah gesa orang Melayu jangan masuk KLCC untuk membeli-belah. Boleh masuk tapi kita 'window shopping'.  http://www.malaysiakini.com - 26 September 2012.

Beberapa tahun yang lalu di blog Hunusan Lidah ini saya pernah mengutarakan kisah restoran milik bumiputera, Kelantan Delight yang di'halau' oleh Suria KLCC atas sebab isu yang lebih kurang dengan berita yang dipaparkan di atas ini.

Baru-baru ini seorang sahabat memaparkan gambar dalam facebooknya menunjukkan Restoran Kelantan Delight ini telah pun bertapak di Kota London. Nampaknya di sini seolah-olah orang kita lebih mudah untuk berniaga di negara asing berbanding di pusat membeli-belah bawah menara berkembar KLCC yang dikatakan kebanggaan negara itu.

posted by Lidah Penghunus @ 5:58 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter