Thursday, April 24, 2008

Iran langgar resolusi PBB, Amerika Syarikat bagaimana?

Assalamualaikum.

Penyertaan Iran dibatal kerana ugutan AS.
KUALA LUMPUR: Perbalahan diplomatik hampir menjejaskan status Persidangan dan Pameran Pertahanan Asia (DSA) ke-11 yang kini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), apabila penganjur mengarahkan semua ruang pameran yang membabitkan syarikat dari Iran, ditutup.
Kejadian berlaku kelmarin, iaitu pada hari kedua DSA 2008 yang juga acara ulung dalam industri itu berlangsung, dengan penganjur meminta semua ruang pameran membabitkan negara berkenaan membabitkan sembilan syarikat, dikosongkan dan ditutup.
Sumber kedutaan dan pertahanan mendakwa penutupan itu dibuat atas desakan Amerika Syarikat yang mengugut akan menarik diri jika tuntutan mereka untuk menyingkirkan Iran dari menyertai pameran itu tidak dipenuhi.
Amerika Syarikat menghantar kontinjen luar negara terbesar iaitu 26 syarikat pada pameran tahun ini.
Difahamkan, wakil kedutaan Amerika mengadakan pertemuan dengan penganjur, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar untuk menyatakan protes mereka terhadap penyertaan syarikat Iran di DSA 2008.
Mereka juga dikatakan bertemu beberapa syarikat Eropah untuk menyatakan kebimbangan itu dan meminta semua mereka bersetuju untuk menarik diri daripada menyertai pameran berkenaan jika permintaan itu tidak dilayan. Berita Harian - 24 April 2008.

Dalam Buletin Utama TV3 tadi, Menteri Pertahanan, Dato' Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa pembatalan Iran sebagai peserta DSA 2008 adalah kerana negara republik itu didakwa melanggar resolusi PBB. Maka oleh kerana itulah kononnya Malaysia membatalkan penyertaan Iran bukan kerana tunduk kepada desakan Amerika Syarikat.

Jika mereka kata Iran melanggar resolusi PBB dan dianggap membahayakan manusia sejagat, bagaimanapula dengan Amerika Syarikat? Pembabitan negara itu dalam serangan dan pencerobohan di Afghanistan, Iraq dan restu negara berkenaan kepada keganasan Israel, adakah itu tidak melanggar resolusi PBB?

Sepatutnya Malaysia tidak perlu tunduk dengan tekanan negara yang sebenarnya menaja keganasan ini. Biarkah negara itu tarik diri daripada DSA 2008. Negara-negara lain selain Amerika Syarikat termasuk Iran sendiri tidak kurang hebatnya dari segi persenjataan.

posted by Lidah Penghunus @ 9:49 PM   4 comments

4 Comments:

At 12:07 PM, Blogger mdnajz said...

itulah kita, pelbagai gaya dan ragam menyeru jati diri,lagu patriotik digubah, slogan digegar,kehebatan dicanang,semua orang tiru kita..hebatnya kita...tapi itu untuk rakyat,,pemimpin? kena masuk PLKN satu keluarga ni...anak2 ada ka dlm tu..

 
At 10:38 AM, Anonymous Anonymous said...

betul~~~
kerajaan malaysia seperti merestui amerika sekaligus menghalalkan segala keganasan amerika laknatullah terhadap umat islam!!!

 
At 10:42 AM, Anonymous Anonymous said...

tak dapat nak bayang kan klu najib yg ganti pak lah~~
mesti keganasan umno meledak!!
bayangkan guner bom untuk bunuh seorang perempuan~~

 
At 10:25 PM, Blogger farisan aswad said...

org mcm ni yg nk gnti paklah nnt???
si najib ni badut + bacul.
sia2 jd mnteri pertahanan.
klu perang,si bacul ni la yg lari dl.
benci betul aku dgn dorg ni,klu bleh nk aje aku kencing atas kepala dorg..

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter