Tuesday, April 22, 2008

Orang pembangkang yang kerja kerajaan.

Assalamualaikum.

Gerakan akan menghantar surat tunjuk sebab kepada bekas timbalan setiausaha agungnya Datuk Lee Kah Choon kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau kerana bersetuju menyandang dua jawatan penting dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan anak syarikatnya InvestPenang.
Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata keputusan itu diambil pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Gerakan semalam.
Katanya tindakan Lee itu melanggar prinsip dan semangat yang terkandung dalam arahan umum parti.
"Sebelum ini, parti telah mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan sebagai anggota majlis perbandaran dan daerah serta sebagai anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK)di semua negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum," katanya dalam kenyataan hari Selasa.
Ahad lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pelantikan Lee sebagai pengarah PDC dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.
Koh berkata arahan itu adalah sejajar dengan keadaan sekarang yang memerlukan Gerakan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan."Kami tidak boleh laksanakan peranan ini secara objektif jika anggota kami sendiri memegang jawatan penting dalam pentadbiran negeri dan tempatan,"
Di petik daripada laman web http://www.bernama.com.my - 22 April 2008.

Saya tidak nampak yang perlantikan Datuk Lee Kah Choon daripada Parti Gerakan ini dalam pentadbiran kerajaan bawah DAP boleh menimbulkan masalah kepada Gerakan untuk menjadi parti pembangkang. Kerana Datu Lee hanya dilantik dalam Perbadanan milik kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menguruskan pembangunan ekonomi dan pelaburan Pulau Pinang bukannya beliau dilantik dalam jawatan politik atau yang seumpamanya yang akan bertindak untuk berhadapan dengan Gerakan sebagai parti pembangkang.

Sepatutnya BN khususnya Gerakan harus berbesar hati kerana kerajaan negeri memberikan kepercayaan kepada ahli politik pembangkang di negeri itu untuk memegang jawatan dalam perbadanan kerajaan negeri. Nampaknya mungkin selepas ini BN juga harus melarang ahli-ahlinya daripada bekerja di pejabat-pejabat milik kerajaan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 10:14 PM   6 comments

6 Comments:

At 10:40 PM, Blogger Hasbullah Pit said...

BN juga pernah melarang ahlinya jadi ketua kampung.

 
At 11:34 AM, Anonymous Anonymous said...

Jika niat yang dipasang oleh Datuk Lee itu untuk membantu pembangunan di negeri Pulau Pinang, ianya dilihat satu niat yang murni tapi cik ida hairan juga, jika niatnya ingin membantu, yang harus dibantu di tempat teratas adalah partinya, tapi kenapa perlu meletak jawatan di dalam parti yang memerlukan bantuannya.. Hmm..

 
At 7:37 AM, Blogger Letting the time pass me by said...

BN memang tak ikhlas dan hanya mementingkan partinya sahaja...

Kalau macam tu diminta semua anggota kerajaan yang ahli BN baik cikgu ke, kerani ke, jurutera ke dan lain-lain yang bertuga di negeri-negeri Pembangkang letak jawatan...

Kalau BN betul-betul ikhlas nak menolong rakyat, apa salahnya orang berkhidmat untuk rakyat dalam kerajaan PR?

Saya rasa umpan DAP sudah mengena dan BN akan menjadi semakin parah. Kalau BN tak nak bekerja dengan PR, yang rugi adalah BN sendiri, dan BN akan dipandang sebagai Parti yang sombong dan berlagak dan tak mahu bekerjasama dengan PR... Apa dah jadi dengan slogan bekerja bersama saya?

 
At 11:01 AM, Anonymous Anonymous said...

Hmm ini bukan soal menolong rakyat ke apa ke, ini soal kesetiaan kepada parti dan kerajaan.. nampak gayanya lagi sorang pemimpin BN yang mudah dibeli oleh orang lain telah menunjukkan dirinya.. Jika dahulu DSAI adalah orang kuat UMNO yang menikam UMNO dari belakang, kini tiba giliran Gerakan pula.. Apa pun Cik Ida ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang merasakan diri mereka tidak lagi penting kepada BN keluar dari BN kerana memudahkan lagi kerja-kerja BN untuk menolak mereka ini dari parti.. Namun mengapa mereka seperti DSAI, Ibrahim Ali, seperti tidak berpijak di bumi yang nyata, seperti melupakan budi yang di tabur, sehingga sanggup menabur api ke dalam sekam.. Hmm kenapa tidak boleh menjadi seperti Tan Sri Lee Lam Thye, jika dahulu menjadi salah seorang pembangkang yang lancang mulutnya tapi akhirnya menabur bakti kepada negara..
Cik Ida - Selalu menoleh kebelakang agar sentiasa bersedia di depan

 
At 12:19 PM, Blogger mdnajz said...

kita membina blok kepartian,tanpa memikirkan bagaimana untuk memaju dan memaruahkan negara..kita boleh bekerjasama selagi ianya menguntungkan negara dan rakyat,kepimpinan boleh diusahakan..setelah rakyat memberi mandat kita laksanakan demi kebaikan bersama,jgn terlalu taksub kepartian..seolah2 parti lain benar2 musuh kita..bukannya rakan negara yg mempunyai sedikit perbezaaan dgn kita..pastinya kita perlu menerima kebaikan dan keadilan berlandaskan haq...

 
At 10:45 PM, Blogger farisan aswad said...

kenapa...????????????
kerana kepentingan peribadi lebih penting dari segala2nya...
peduli apa dgn rakyat?
yg penting perut buncit,poket penuh..
mcm tu la dasar pemimpin dr BN,baik yg besar atau kecik...

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter