Kerajaan tiada duit untuk hantar angkasawan kedua.
Assalamualaikum.
KUALA LUMPUR 21 April - Kerajaan setakat ini belum mempunyai bajet untuk menghantar angkasawan kedua negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2011.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, pada dasarnya kerajaan telah membuat keputusan akan meneruskan misi penghantaran itu tetapi masih menunggu keputusan kajian yang dijalankan mengenai misi tersebut.
''Apa yang saya boleh katakan ialah kita kini masih tidak mempunyai peruntukan untuk menghantar angkasawan kedua ke ISS dan jika misi ini diteruskan, maka kerajaan perlu mendapatkan peruntukan untuk menjayakannya.
''Kami masih menunggu keputusan kajian yang dijalankan untuk mengkaji kebaikan dan bajet dalam penghantaran angkasawan kedua," Utusan Malaysia - 22 April 2008.
Bagi saya adalah lebih baik jika rancangan untuk menghantar rakyat Malaysia naik roket ke stesyen angkasa ISS untuk kali kedua ini dibatalkan sahaja. Cukuplah negara kita sudah ada seorang yang menjadi rakyat Malaysia pertama naik roket jauh ke langit sana. Adalah lebih baik peruntukan itu jika ada digunakan untuk pembangunan pendidikan yang berorientasikan sains dan teknologi.
Untuk waktu ini negara kita Malaysia lebih memerlukan untuk melahirkan lebih banyak pakar-pakar dalam bidang perubatan, teknologi maklumat, automatif, aeroangkasa dan pelbagai lagi bidang untuk keperluan dalam negara. Kita tidak mahu lagi banyak bergantung kepada negara luar dalam bidang-bidang yang disebut itu tadi.
Mungkin akan tiba masanya nanti negara kita akan menghantar angkasawan ke stesyen satelit milik negara kita sendiri dengan roket keluaran negara kita sendiri. Yang penting pembangunan pendidikan berkenaannya harus dimulakan sekarang.
1 Comments:
penghantaran angkasawan kedua negara adalah satu pembaziran yang tidak dapat di terima oleh sebilangan besar rakyat malaysia yang terdiri daripada golongan bawahan.saya salah seorang daripada golongan ini merasakan bahawa jika bajet untuk penghataran yang kedua ada,adalah menjadi tanggungjawab kerajaan mengunakannya untuk tujuan pembangunan rakyat seperti golongan kami ini.saya juga akan kecewa jika misi ini di teruskan juga dan kemungkinan kekecewaan saya ini dan rakan-rakan daripada golongan ini akan dapat di adaptasikan pada pilihanraya umum akan datang.tolonglah janganlah menghantar lagi pelancong angkasa yang sememangnya tidak layak di gelar angkasawan.lihat saja angkasawan pertama negara,untuk mendengar pengalaman beliau dan ceramahnya kami mungkin tidak mampu kerana seperti di ketahui umum,beliau megenakan bermacam-macam caj yang tinggi dan pelbagai kos yang lain.sedarlah wahai kerajaan,jangan semarakkan lagi api kebencian rakyat lagi.walau kami di pimpin tetapi kami masih mempunyai kuasa menentukan hala tuju kami.kami amat berharap,bajet penghantaran angkasawan dapat di tujukan kepada projek perumahan rakyat termiskin,menaik tarafkan pengangkutan awam dan juga apa-apa tujuan yang dapat membantu kami menghadapi keadaan ekonomi yang semakin gawat ini.tolonglah jangan hampakan kami.
Post a Comment
<< Home