Sunday, April 13, 2008

Selangor FM ke BN FM?

Assalamualaikum.

Selangor FM kosongkan pejabat.
NILAI 12 April – Kementerian Penerangan mengarahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengendalikan Radio Selangor FM supaya mengosongkan pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam secepat mungkin, selepas diberi kata dua oleh kerajaan Selangor.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tempat lain yang bersesuaian untuk menempatkan stesen radio tersebut.
Beliau memberi jaminan kepada pendengar Radio Selangor FM tindakan keluar dari bangunan itu tidak menjejaskan operasi stesen berkenaan kerana kementerian akan mencari tempat sesuai bagi membolehkannya beroperasi seperti biasa.
“Walaupun di mana siaran radio itu berada nanti, kita akan terus menghampiri hati rakyat negeri Selangor.
“Keputusan tersebut dibuat bagi membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak tunduk terhadap sebarang ancaman atau ugutan kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Beliau mengulas kata dua Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Radio Selangor FM yang akan diusir dari Bangunan SSAAS sekiranya tidak mahu menyiarkan visi dan program kerajaan pimpinan pakatan pembangkang itu. Utusan Malaysia - 13 April 2008.

Adalah tidak patut duduk di bangunan pejabat kerajaan negeri, nama pun Selangor FM tetapi permintaan kerajaan untuk memperkenalkan visi dan program kerajaan negeri selama sejam tidak ditunaikan. Kerajaan negeri bukan minta untuk hentam BN dalam radio berkenaan dan bukan mereka minta ruangan ceramah politik dalam radio itu. Sepatutnya radio Selangor FM ini harus menjadi suara kepada kerajaan negeri yang sekarang ini di bawah Pakatan Rakyat. Bagi saya bukan sahaja Selangor FM, TV3 juga jika asyik menghentam kerajaan negeri, stesyen TV yang berpusat di Damansara, Selangor ini juga boleh berambus dari Negeri Selangor ini.

posted by Lidah Penghunus @ 10:59 PM   1 comments

1 Comments:

At 3:49 PM, Blogger mks134 said...

salam penghunus lidah..

sebenarnya memang Khalid Ibrahim nak tunjuk kuasa dia. so, adalah lebih baik selangor fm tidak tunduk kepada desakan kerajaan selangor di bawah pakatan rakyat yang gila kuasa.

lagi satu, tv3 adalah agensi swasta. jadi apa hak kerajaan selangor nak halau tv3? baru dapat kuasa dah nak 'berlagak' ke?

terima kasih juga kepada kerajaan selangor kerana telah menjadikan 'babi' sebagai penerima sumbangan kebajikan sebanyak 100 juta.

untuk yb2 PAS, anda boleh dilabel sebagai talam dua muka kerana menyokong PKR dalam isu 'babi' dan mungkin anda sudah lupa tentang apa yang anda tegaskan mengenai isu 'babi' sebelum PRU 12 lagi...

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter