Wednesday, April 02, 2008

Mengapa Malaysia ada 500,000 laman blog?

Assalamualaikum.

Malaysia ada 500,000 laman blog.
KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.
Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.
Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.
Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.
“Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” Utusan Malaysia - 2 April 2008.


Bagi saya salah satu punca mengapa Malaysia mempunyai pengendali blog yang tertinggi selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia ialah faktor media di negara kita terutamanya media arus perdana yang terlalu dikongkong oleh parti pemerintah. Sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke-12 yang lalu parti pembangkang begitu sukar untuk menggunakan kemudahan media arus perdana seperti akhbar dan tv. Ditambah pula akhbar-akbar milik parti pembangkang seperti harakah hanya diberi ruang penerbitan yang begitu terhad oleh Kementerian Dalam Negeri.

Akibatnya mereka daripada parti pembangkang mencari saluran yang lain untuk menyampaikan penerangan mereka dan laman blog adalah medium penyampaian yang amat berkesan dan murah. Tidak hairanlah banyak sayap-sayap dan jabatan-jabatan dalam organinasi parti pembangkang membina laman blog mereka sendiri untuk menyampaikan maklumat. Malahan apa yang kita lihat tidak kurang ramainya tokoh-tokoh dan pemimpin daripada parti pembangkang memiliki laman blog mereka sendiri.

Maka bolehlah dikatakan di sini bahawa semakin banyak tumbuh laman blog di sesebuah negara maka ianya menunjukkan betapa tidak adilnya media negara berkenaan.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   2 comments

2 Comments:

At 4:06 PM, Blogger Pemuda Malaysia said...

Salam saudara penghunus lidah..

Saya berpendapat bahawa semakin banyak penubuhan blog di Malaysia adalah menunjukkan bahawa Malaysia semakin maju dalam bidang ICT.

Rata-rata rakyat Malaysia berpendidikan tinggi dan kerajaan Malaysia menyediakan kemudahan prasarana yang begitu canggih. Di Kuala Lumpur sahaja rakyat Malaysia boleh mengakses internet di mana-mana jua kerana sistem 'wayarles'yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Jadi, apa niat saudara hendak menuduh kerajaan Malaysia mengawal media?

Saya letakkan contoh seperti parti PAS, PKR dan DAP berjaya membentuk kerajaan Persekutuan, adakah parti-parti ini akan bertindak adil juga dengan membenarkan parti lain seperti BN untuk menggunakan media sebagai medium perantaraan? Jawapannya tidak sama sekali kerana mana-mana parti yang berkuasa dialah berhak menentukan sebarang keputusan atau dasar yang dibuat. Untuk pengetahuan saudara juga, parti PAS, DAP, dan PKR hanya akan bekerjasama apabila tiba musim pilihanraya. Selesai sahaja pilihanraya, parti-parti pembangkang ini akan kembali kepada matlamat perjuangan parti masing-masing.

Suka juga saya ingatkan dalam blog saudara agar dapat dibaca oleh pengunjung lain iaitu mengenai fatwa Presiden PAS tentang isu kafir-mengkafir ini. Bukankah si Hadi Awang ada mengeluarkan fatwa mengenai hukum parti UMNO yang bersekongkol dengan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC adalah kafir. Kini PAS sendiri bersekongkol dengan DAP. Jadi, saya rasa sauadara sendiri tahu perumpamaan yang elok untuk parti PAS. Kalau saudara tak tahu juga biar saya beritahu iaitu LUDAH KE LANGIT JATUH KE MUKA SENDIRI.

Tolong ingatkan ahli-ahli PAS bahawa muka Presiden PAS anda telah terpalit dengan ludah diri sendiri.

 
At 4:08 PM, Blogger mks134 said...

This comment has been removed by the author.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter