Thursday, March 20, 2008

Pembangkang hendak beli wakil rakyat BN?

Assalamualaikum.

Pak Lah sedar usaha pembangkang tawar berjuta ringgit untuk jatuhkan kerajaan.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau sedar mengenai cubaan pakatan parti pembangkang untuk 'membeli' ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan menawarkan wang berjuta ringgit dalam usaha menjatuhkan kerajaan.
"Saya sedar... itulah yang saya dengar orang kata," katanya menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet barunya di Pejabat Perdana Menteri petang semalam.
Abdullah menegaskan, tidak ada sebab untuk kerajaan yang diterajuinya ditumbangkan kerana kerajaan BN kuat dan mendapat sokongan rakyat.
"Kenapa perlu kerajaan ini ditumbangkan? Kerajaan ini amat kuat dan kita juga mendapat sokongan. Kita tidak keluar membeli orang," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak.
Pakatan pembangkang yang menang 82 kerusi pada pilihan raya umum ke-12 dikatakan sedang berusaha menarik beberapa ahli Parlimen parti komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk mencapai majoriti mudah dalam Dewan Rakyat, sekali gus membentuk kerajaan. Berita Harian - 20 Mac 2008.


Adakah mungkin parti pembangkang seperti PKR mampu untuk mengeluarkan jutaan ringgit untuk membeli ahli parlimen BN dalam usaha mereka menumbangkan BN di peringkat pusat seperti yang didakwa oleh Pak Lah ini. Dengan kerusi 82 yang diperolehi pakatan pembangkang ini, mereka memerlukan 30 lagi kerusi untuk membentuk kerajaan pusat dengan majoriti mudah. Di sini bayangkan berapa juta diperlukan oleh pembangkang untuk membeli ahli parlimen BN di Sabah dan Serawak yang sebanyak itu. Jadi tuduhan Pak Lah yang sebenarnya ada masalah kepimpinan ini tidak berasas. Lebih kepada untuk menutup isu desakan ahli Umno agar Pak Lah letak jawatan.

posted by Lidah Penghunus @ 10:24 PM   3 comments

3 Comments:

At 5:03 PM, Blogger mks134 said...

salam saudara penghunus lidah...
jangan buat tak tahu tentang PKR ye...Penasihat PKR ialah anwar ibrahim dan anwar bersahabat baik dengan wolfowitz..saudara kenal wolfowitz tak???kalau tak kenal study lebih sikit yer...wolfowitz adalah seorang yahudi dan bekas presiden bank dunia.for ur info, si anwar ni baik sgt dgn yahudi so beliau tidak menghadapi masalah kewangan untuk membeli apa sahaja yang beliau suka demi memastikan agenda politik peribadi beliau tercapai..dendam anwar terhadap UMNO masih membara dan memang niat si anwar amat jahat iaitu untuk menumbangkan kerajaan BN..maka,setakat ingin membeli yb BN, anwar tiada masalah cuma diharap yb BN setia kepada parti dan hormati keputusan rakyat yang telah mengundi yb2 terbabit..

 
At 3:32 AM, Blogger penulis cyber said...

salam.. buat saudara mks134.. boleh kah serta kan bukti yang anwar ibrahim mempunyai hubungan persahababatan atau diplomatik dengan paul wolfowitz sebagaimana yang saudara katakan??? sebab saya ingin tahu kebenarannya.. thanksss

 
At 3:59 PM, Blogger mks134 said...

buat penulis cyber...

saya boleh sertakan cd untuk tatapan penulis cyber berkenaan penglibatan anwar ibrahim bersama paul wolfowitz.boleh bagi saya alamat saudara untuk saya poskan cd tersebut..

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter