Empat hari selepas kekalahan BN.
Assalamualaikum.
Tiada lagi DEB - Antara langkah awal kerajaan DAP, PKR Pulau Pinang.
PULAU PINANG 11 Mac – Kerajaan negeri yang baru ditubuhkan hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membebaskan pentadbiran Pulau Pinang daripada pelaksanaan amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisien.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem baru yang memberikan keutamaan kepada semua kaum.
Menurut Guan Eng, buat permulaan, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem pemberian tender secara terbuka untuk semua kontrak dan pemerolehan kerajaan.
“Kita akan mengamalkan pentadbiran telus. Selain memudahkan orang awam mendapat maklumat mengenai tender-tender tersebut, satu portal Internet akan diwujudkan. Utusan Malaysia - 12 Mac 2008.
Melayu menang sorak? -- Surat 1.
SAYA sangat bersetuju dengan semua pandangan dalam ruangan Forum sejak kelmarin berkaitan nasib orang Melayu dan bumiputera hasil daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pada mulanya saya rasa gembira kerana seolah-olah kematangan politik telah tercapai. Tetapi kemudian setelah menganalisis dengan lebih terperinci, timbul rasa sedih.
Ini kerana, negeri yang dahulunya didominasi oleh Melayu dan Islam kini telah berada di bawah kuasa DAP iaitu Perak dan Selangor.
Manakala negeri yang berada dalam genggaman komponen Barisan Nasional (BN) juga jatuh sepenuhnya di tangan DAP.
DAP sejak dahulu telah menyatakan dengan terbuka yang parti itu tidak mengiktiraf dan menerima Islam. Utusan Malaysia - 12 Mac 2008.
Survival Melayu tergugat -- Surat 1.
KEPUTUSAN Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini mempunyai seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan Singapura 43 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari.
Tidak ada kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera dan polis, mereka menuntut Pulau Batu Putih sebagai milik mereka dan pelbagai lagi ketuanan bangsa Melayu yang sudah lenyap di tanah Singapura.
Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita mendapatkannya semula.
Saya teringat keluhan isteri saya, saya bertanya kepadanya supaya kami berpindah ke Kota Kinabalu supaya berdekatan dengan orang tua dan keluarga. Utusan Malaysia - 12 Mac 2008.
Saya agak kesal apabila akhbar di atas ini membenarkan surat-surat yang sebegini dalam usaha mereka untuk meniupkan sentimen Melayu di kalangan rakyat yang berketurunan Melayu. Bagi saya kenyataan di atas ini adalah satu yang jahat apabila cuba menyamakan situasi di Pulau Pinang dengan di Singapura. Adakah mereka lupa bahawa di Pulau Pinang orang Melayu dan Islam masih ada suara lagi di Dun negeri berkenaan manakala di Perak pula DAP memerlukan PKR dan Pas untuk membentuk kerajaan campuran.
Jadi ianya adalah berbeza dengan Singapura. Mereka lupa bahawa di bawah BN dan Umno juga Melayu terpinggir malahan bukan sahaja Melayu, kaum-kaum lain juga terpinggir. Ini kerana DEB diambil kesempatan oleh mereka untuk memperkayakan diri-sendiri. Sepatutnya Umno dan BN tidak perlu hendak menyalahkan pengundi dan DAP sendiri dalam hal ini kerana mereka sendiri yang gagal melaksanakan tanggungjawab semasa diberi peluang untuk mentadbir.
Apa yang saya perhatikan juga di akhbar-akhbar selepas pilihanraya ini mereka seolah-olah berasa kurang yakin dengan kemampuan parti yang baru mendapat mandat mentadbir negeri untuk melaksanakan manifesti mereka di peringkat negeri. Sedangkan mereka tidak pernah pula mempersoalkan kemampuan kabinet Pak Lah untuk melaksanakan manifesto mereka yang berslogankan selamat, aman dan makmur itu. Sedangkan apa yang dimanisfestokan itu telah terbukti gagal semasa BN mendapat mandat pada pilihanraya umum ke-11.
1 Comments:
salam..
DAP adalah parti serpihan PAP. tidak mustahil penang akan menjadi singapura kedua. ingin saya jelaskan di sini bahawa sejak dulu lagi lim kit siang ingin menakluki penang tapi tidak berjaya. namun akhirnya anak lim kit siang, lim guan eng seorang bekas banduan berjaya menjadi ketua menteri penang. PAS dan PKR tak sedar ke bahawa DAP memperkudakan PAS dan PKR..??rakyat melayu penang harus menerima akibat kerana memangkah parti pembangkang yang hanya umpama tin kosong..sebaliknya orang cina bersorak gembira kerana berjaya memperbodohkan orang melayu di penang..pesanan saya kepada barisan alternatif, laksanakan manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat jelata..
Post a Comment
<< Home