BA tewaskan BN dan SPR.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Bangun sahaja saya pada pagi Subuh tadi negeri Selangor sudah pun berada bawah pemerintahan Barisan Alternatif dan tumbangnya kerajaan yang angkuh dan zalim iaitu Barisan Nasional di negeri ini. Malahan kita berjaya membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Kedah, perak, mengekalkan mandat di Kelantan dan kita berjaya menafikan dua pertiga BN di Parlimen.
Semalam dalam radio seorang DJ mengulaskan ini sebagai bukti demokrasi di negara ini subur. Bagi saya tidak, memang benar masih ada demokrasi tetapi amat-amat tempang. Bagi saya BA menang bukan kerana proses demokrasi dijalankan secara adil, tetapi kerana rakyat bangkit secara besar-besaran menumbangkan kerajaan BN yang mempergunakan SPR. Dalam erti kata yang lain BA dan rakyat telah menewaskan BN dan SPR. Di sini juga saya percaya bahawa kakitangan SPR juga sudah muak dengan kepimpinan Rashid yang sedia dipergunakan oleh BN ini.
Harapan saya kepada mereka yang diberi mandat agar dapat melaksanakan manifesto yang dijanjikan dan yang penting mereka mestilah berbeza dengan BN. Kepada penyokong dan pendokong Barisan Alternatif, janganlah kemenangan ini membuatkan kita bongkak dan angkuh dan janganlah ada sifat dendam di hati kita. Khususnya kepada mereka yang beragama Islam ingatlah bahawa kemenangan ini adalah kurniaan Allah maka seperti yang disebut dalam surah an-nasr raikanlah kemenangan ini dengan bertasbih dan beristighfar kepada-Nya. Semoga Allah perihara kemenangan ini.
1 Comments:
ya, ana cukup setuju...kemenangan Barisan Rakyat bukan kerana sistem demokrasi yang telus tetapi kerana rakyat terbanyak telah muak dengan permainan BN dalam masa 50 tahun ini. Kebangkitan rakyat telah mampu menempangkan penipuan BN, SPR, JPN, PDRM dan semua jentera tunggangan Barisan Nasional. Allahhuakbar!!!!!
Post a Comment
<< Home