Manifesto BN hanya sekadar slogan.
Assalamualaikum.
Semalam Barisan Nasional telah melancarkan manifestonya bagi menghadapi pilihanraya umum ke-12. Hari ini manifesto bekas parti pemerintah ini telah mendapat liputan yang luas oleh media-media yang bertindak sebagai haiwan politik mereka. Pelbagai pujian telah diberikan terhadap manifesto berkenaan, tidak ada pun kritikan yang disiarkan oleh media terhadap manifesto berkenaan.
Ini berbeza dengan manifesto pembangkang yang terus mendapat kritikan dalam media-media yang dikawal oleh mereka. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan seolah-olah pembangkang tidak mampu untuk melaksanakannya dan tiada ruang di pihak pembangkang untuk memberikan penjelasan secara terperinci berkenaan manfesto atau tawaran yang dikemukakan mereka.
Jika mereka mengatakan bahawa manifesto pembangkang khususnya Pas dan PKR sebagai janji kosong yang tidak mampu dilaksanakan, kita pula suka hendak mengatakan bahawa manifesto yang dikemukakan oleh BN itu sebagai slogan semata-mata. Saya mengatakan sebegini kerana ada antara kandungan manifesto itu pernah dilaungkan oleh Pak Lah sebaik sahaja mengambil alih tugas Perdana Menteri namun hingga kini gagal untuk dilaksanakan.
Yang dimaksudkan ialah berkenaan usaha memerangi rasuah. Indeks rasuah di negara kita semakin meningkat selepas Pak Lah melaungkan usaha untuk memerangi rasuah. Sedangkan ianya dilaungkan semasa Pak Lah dan Barisan Nasional dalam mandat memerintah negara. Namun kini ianya dijadikan manifesto pula dalam usaha parti itu mendapatkan kembali mandat daripada rakyat. Jadi adakah kita percaya bahawa Pak Lah dan Barisan Nasional mampu untuk melaksanakan manifestonya ini?
Dan banyak lagi kandungan manifesto BN ini yang kita percaya akan hanya tinggal slogan seperti mengurangkan indeks jenayah negara, menangani kesan kenaikan harga barang, menangani isu pendatang asing tanpa izin dan sebagainya. Cumanya di sini saya lebih suka menyebutkan tentang usaha membenteras rasuah kerana rasuahlah menjadi punca kepada kegagalan usaha-usaha yang disebutkan di atas tadi.
1 Comments:
Tapikan wahai saudara lindunganbulan, macam mana pulak dgn manifesto pembangkang semua, rasanya tak boleh pakai langsung sebab apa, macam mana nak laksanakan manifesto pihak pembangkan, sedangkan matlamat pihak pembangkan cuma nak menidakkan majoriti 2/3 BN, ataupun macam mana pihak pembangkan nak memerintah sedangkan jumlah calon yang bertanding pun tidak sampai 2/3?...macam mana tu?..pening saya..pada pendapat saya, semua manifesto hanya tinggal janji sahaja, selagi tidak mendapat mandat untuk memerintah.Tidakkan perkara ini disedari oleh pengundi semua?.mesti tidak perasan kan?hehehehe..kena tipu lah kita semua....http://blackgagak.blogspot.com/
Post a Comment
<< Home