Friday, March 21, 2008

BBPM diwujudkan untuk selamatkan survival politik Umno.

Assalamualaikum.

Satukan Melayu -- Deklarasi 25 NGO sepakat tubuh Barisan Bertindak Perpaduan.
KUALA LUMPUR 20 Mac – Sebanyak 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam sepakat menubuhkan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) yang akan memainkan peranan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.
Penubuhan itu adalah pelan bertindak utama Deklarasi Maulidur Rasul yang diisytiharkan dalam satu mesyuarat dihadiri wakil pertubuhan terbabit, di sini hari ini.
Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar berkata, bagi merealisasikan hasrat penubuhan badan bertindak itu, pihaknya akan mengadakan satu perhimpunan orang Melayu dan Islam bersandarkan roh sambutan Maulidur Rasul di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Sebagai orang tengah, kami akan jemput wakil dua parti terbesar yang menaungi orang Melayu dan Islam di negara ini iaitu UMNO dan Pas,” katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Antara pertubuhan amal Melayu dan Islam yang mendukung penubuhan BBPM ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Mengenai penyertaan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, beliau berkata, jemputan akan dibuat kepada para pemimpin Melayu dan Islam dalam parti itu selepas mereka mengisytiharkan komitmen terhadap perjuangan bangsa. Utusan Malaysia - 21 Mac 2008.


Bagi saya Pas tidak perlulah menerima pelawaan Gabungan Bertindak Perpaduan Melayu yang kononnya untuk membela kepentingan Melayu dan Islam itu. Kerana ianya berbangkit hanya setelah Umno dihimpit dengan kemerosotan dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Sedangkan sebelum ini semasa Islam dibantai oleh golongan liberal seperti IFC dan sekutu-sekutunya, semasa Rasulullah SAW dihina oleh barat melalui karikatur dan pelbagai medium dan menularnya masalah murtad mana NGO-NGO ini untuk mempertahankan Islam? Jadi tidak perlulah mereka cuba hendak menjadi juara pembela Islam kerana selama ini pun sudah ada gabungan NGO dan Parti politik yang bertujuan untuk mempertahankan kesucian Islam di negara ini.

Dalam soal DEB pula bagi saya ianya tidak menjadi isu kerana sudah jelas Umno yang telah mengkhianati DEB dengan mengumpul kekayaan segelintir pemimpin mereka melaluinya. Sebenarnya timbulnya masalah orang Melayu ketika ini bukan kerana angkara pemimpin-pemimpin DAP atau orang-orang cina, tetapi kerana pemimpin Melayu iaitu dalam Umno sendiri yang mengkhianati orang Melayu. Boleh dikatakan bahawa segelintir orang Umno yang marah dan berdemonstrasi kononnya untuk mempertahankan DEB adalah terdiri daripada kroni-kroni yang sebelum ini banyak membolot projek-projek ketika di bawah pentadbiran Umno dan Barisan Nasional. Di sini BBPM tidak perlulah mempersoalkan komitmen PKR terhadap perjuangan bangsa kerana dasar PKR bukanlah perjuangan kebangsaan yang sempit yang akhirnya diselewengkan kepada hanya kepentingan kroni-kroni pemerintah, lebih daripada itu PKR berjuang untuk membebaskan Malaysia ini daripada korupsi dan ketidakadilan yang di amalkan oleh Umno yang berselindung di sebalik DEB.

Tidak mustahil di sebalik kewujudan BBPM ini terselindung rancangan oleh Umno agar Pas meninggalkan PKR dan menyertai Umno dan Barisan Nasional supaya mereka dapat memperolehi kembali kuasa politik mereka yang telah hilang di beberapa negeri dan seterusnya mengembalikan kuasa dua pertiga di Dewan Rakyat.

posted by Lidah Penghunus @ 6:21 PM   2 comments

2 Comments:

At 12:59 PM, Anonymous Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the SBTVD, I hope you enjoy. The address is http://sbtvd.blogspot.com. A hug.http://sbtvd.blogspot.com/

 
At 10:55 AM, Blogger Bulan Penuh 2012 said...

Setinggi-tinggi penghargaan untuk Putera Mahkota Kelantan, Tengku Fariz Petra atas ucapan di PWTC semalam penuh bermakna dan mungkin dapat memberikan kesedaran dan pemahaman kepada ahli-ahli Umno yang selalunya pendek akal.

Antara isi kandungan ucapannya yg menarik perhatian saya;

1) Hak2 istimewa orang melayu dan kedudukan agama Islam memang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan, justeru timbul sebarang persoalan bahawa kedudukan mereka tergugat.

Maknanya, Umno tak payah ribut-ribut kerana tak ada satu partipun yang bercita2 untuk mengubah peruntukan2 ini. Rakyat mengundi PR kerana bimbangkan Umno dan juak2nya menghakis kehebatan kontrak sosial ini dan menggunakannya utk kepentingan taliperut mereka.

2) Raja2 Melayu dan institusi Istana akan menjadi benteng terakhir dan akan terus mempertahankan kedudukan istimewa ini.

Maknanya, putera raja yang bijaksana ini beritahu ahli2 Umno, dalam sejarah Umno sejak merdeka, setiap kali Umno merosakkan hak2 ini dan membuat negara dalam keadaan kucar-kacir, Tuanku-tuanku Sultan telah memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan.

Contohnya, Raja Perlis dan Terengganu tidak menerima calon MB yang rasuah dan menindas rakyat, sebaliknya memilih mereka yang berkredibiti dan berjiwa rakyat untuk memimpin Perlis dan Trengganu masing2. Saya percaya, jika kedua2 MB ini bertukar perangai dalam penggal ini, baginda Sultan tidak teragak2 menolak mereka.

Apabila tiada parti yg mendominasi kerusi2 Dun di Perak, Sultan Perak telah menggunakan kebijaksanaan baginda dalam memperkenankan kerajaan campuran PR di Perak. Baginda Sultan tidak pedulikan provokasi perkauman BN dan huru-hara Umno Perak serta propaganda KJ di media arus perdana.

Makna ke-2, Umno memang tak boleh harap, sehinggakan Istana terpaksa mainkan peranan. Tak faham2 ker.

3) Banyak maklumat yang salah diterima sebagai benar, contohnya sms dan email.

Maknanya, baginda mengingatkan Umno supaya jangan jadi bodoh semua benda nak percaya bulat-bulat, periksa dahulu kebenarannya jangan telan bulat2. Untuk maklumat lanjut eloklah rujuk kenyataan Ku Li dalam EGM Umno Gua Musang baru2 ni.

Baginda mungkin juga merujuk akan kedangkalan puak2 BBPM yang menyangka perpecahan dalam Umno adalah perpecahan bangsa Melayu. Tidakkah mereka sedar walaupun bernama melayu, Umno turut dianggotai pendatang2 haram Filifina di Sabah dan orang2 Thailand di Kelantan, malah Umno bahagian Bukit Bintang turut dianggotai oleh Bangla dan nepal yang dapat IC ekspress.

Tak semena2 muncul pulak Aziz Tapa bercerita pasal gerabak keretapi yang tergelincir sebab kepala lokomotifnya rosak. Tak pelikpun, Subky Latif dah sebulan cerita pasal tukar kepala gerabak Umno supaya gerabak-gerabak yang tergelincir dapat berfungsi semula.

Kisah keretapi masuk sungai kat Tenom, Sabah bolehlah dijadikan panduan untuk puak2 BBPM yang payah nak faham.

Ampun tengku, patik merafak sembah mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas nasihat2 tuanku ini. Patik akan sebarkan titah tuanku ke seluruh pelosok negara di bawah batu jemala patik ini.


anakbulan
http://bulanpenuh2012.blogspot.com
noontimesilence@yahoo.com

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter