Thursday, April 10, 2008

Masih lagi isu babi.

Assalamualaikum.

200 penduduk bantah projek ternakan babi.



Kerajaan negeri dituduh naikkan kemarahan orang Melayu SHAH ALAM: Lebih 200 penduduk yang tinggal berhampiran projek ternakan babi berkelompok bernilai RM100 juta di Sepang mengadakan perhimpunan secara aman di pagar masuk Bangunan SUK, di sini, semalam, untuk membantah tindakan kerajaan negeri meluluskan projek itu.
Mereka yang berkumpul sejak jam 10 pagi membawa pelbagai sepanduk bagi menunjukkan tanda bantahan dan tidak puas hati masyarakat Melayu antaranya menuduh kerajaan negeri tunduk kepada tuntutan DAP dan diperalatkan parti itu.
Turut menjadi mangsa kemarahan penduduk ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari yang dituduh sebagai pengembala babi, manakala sepanduk menunjukkan lelaki memakai serban menunggang babi ditujukan pula kepada Pas. Berita Harian - 10 April 2008.


Dalam akhbar Utusan Malaysia semalam kita dapat saksikan gambar ladang ternakan babi di beberapa tempat di Selangor yang begitu menjijikkan yang mengakibatkan pencemaran kepada sungai dan laut. Seolah-olah semua itu hendak diletakkan kesalahan kepada kerajaan yang baru diberi mandat memerintah. Sedangkan itu semua wujud ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah Selangor. Melihatkan kepada keadaan-keadaan yang teruk sebegitulah maka kerajaan negeri Selangor bawah Pakatan Rakyat mengambil inisiatif untuk mewujudkan ladang ternakan babi secara teratur dan moden yang tidak akan melibatkan sungai dan laut bagi mengelakkan pencemaran.

Apa yang kita lihat melalui gambar dan laporan demonstrasi aman seperti yang dipaparkan dalam akhbar hari ini seolah-olah ianya adalah perancangan pembangkang di negeri Selangor yang bertujuan untuk melepaskan geram kepada kerajaan negeri yang baru kerana berjaya merampas kekuasaan daripada mereka. Ini jelas melalui sepanduk-sepanduk yang berbau fitnah kepada Pas dan Islam itu sendiri. kepada media-media perdana ini pula mereka seolah-olah begitu prihatin berkenaan isu babi ini lebih-lebih di negeri Selangor bawah pemerintah Pakatan Rakyat. Namun sebelum ini dalam hal arak tiada pula mereka menunjukkan kebimbangan. Sedangkan araklah yang membawa kepada gejala sosial masyarakat pada hari ini sedangkan ternakan babi hanya membawa kepada masalah pencemaran jika tidak diuruskan dengan betul.

posted by Lidah Penghunus @ 3:08 PM   3 comments

3 Comments:

At 5:27 PM, Anonymous Anonymous said...

aku tertarik dalam sepanduk kate "PAS HALALKAN BABI"..Hairan sungguh aku tengok mentaliti dorang nih..Tapi dari fikiranku..slogan tu mcm dah ibarat menangguk air yg keruh..Tapi sayang..Rakyat dah pandai berfikir ooiii,,,,

 
At 12:11 AM, Anonymous Anonymous said...

mmg pn,depa ni ada sindrom cepat lupa n sidrom 'bodohkan diri sendiri'.depa lupa yg mslh babi ni adalah pusaka turun temurun BN.bila PR nk slesaikn mslh ni,si cucu cicit BN yg dh tewas ni cuba la nk jd HERO..depa igt semua rakyat bodo mcm depa tu?...depa ni patut kena kurung sekandang dgn babi tu...

 
At 1:53 AM, Blogger indogalz said...

hehe..
dalam konsep negara Islam itu sendiri tak menghalang non-muslim menternak babi..
gelak je sy tengok kedangkalan sesetengah pihak terutama yg buat demo tu..banyak yg beremosi..tapi tak nak kaji dan tak nak dgr pendapat org lain..sedihh..dan kesiann..
Ladang tertutup diorg tak nak..diorg nak ladang yg mcm skrg ni iaitu terbuka, senang sikit pencemaran tu berlaku..silap haribulan kandang babi pun sebelah umah depa je..nak wat mcm mana..takde kawalan..

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter