Friday, April 11, 2008

Ruang dakwah Pas di Negeri Selangor

Assalamualaikum.

Selangor pergiat dakwah, wujud surau di pasar malam, tani.
Anggota exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dato' Dr Hasan Ali bercadang mewujudkan suasana keagamaan di seluruh negeri termasuk di tempat tumpuan ramai seperti pasar malam dan tani.
Beliau memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah bersetuju mengadakan musollah (surau) di setiap pasar malam dan pasar tani.
Katanya, dengan adanya musollah tersebut memudahkan para peniaga dan pembeli menunaikan solat secara berjemaah. "Kita akan membuat tempat mengambil wuduk yang banyak. Kita mahu melihat suasana keagamaan terus berlaku di pasar, mencakupi semua peringkat umur anggota masyarakat," jelas dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily.
Beliau yang juga Adun Gombak Setia dan Pesuruhjaya PAS Selangor mahu menjadikan kegiatan di Kota Bharu (Kelantan) dan Rusila (Terengganu) yang mengadakan kuliah agama setiap Jumaat bermula jam 9 hingga 10 pagi, sebagai contoh.
"Insya-Allah saya akan mulakan di Masjid Negeri. Orang yang memakai jeans, skirt boleh datang mendengar. Biar kita tarik mereka dengan cara begitu, begitu juga dengan orang yang berjoging di tepi tasik," katanya.
AJK Dewan Ulama negeri, Ustaz Ansori Mursid berkata, cadangan tersebut ada kesan positif negatif dan ia perlu dilaksanakan dengan adanya pemantauan daripada pihak penguatkuasaan.
Menurut beliau jika solat itu dilakukan secara berjemaah, perlu ada penguatkuasaan untuk memantau kawasan pasar.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepang turut mencadangkan supaya Dato' Hasan mengenakan peraturan kepada wanita supaya berpakaian sopan dan menutup aurat ketika berada di kawasan pasar.
Timbalan Ketua Muslimat Selangor, Noraini Husin berkata cadangan itu usaha baik kerana tujuan awal PAS adalah untuk berdakwah selain berpolitik.
Apabila Pakatan Rakyat sudah menang katanya, PAS perlu menggunakan institusi agama seperti Jais untuk menyampaikan dakwah kepada rakyat Selangor.
Menurut beliau, dengan cara itu ia boleh membuang dinding pemisah antara masyarakat dengan PAS.
"Rakyat Selangor sudah mengenali Hasan Ali dan sekarang ini beliau menjadi exco, secara tidak langsung beliau telah membawa imej PAS," katanya.
Beliau berkata, selama ini ramai di kalangan pembeli berkunjung ke pasar pada waktu maghrib dan kemungkinan mereka tidak sempat menunaikan solat kerana rumah dan masjid jauh.
Justeru tambahnya dengan ada surau di kawasan pasar akan memudahkan penjual dan pembeli menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian.
Bagaimanapun, Noraini berpendapat, peniaga di Selangor tidak boleh disamakan dengan pekedai di Tanah Suci yang boleh meninggalkan jualan untuk menunaikan solat.
"Penguatkuasaan perlu diwujudkan iaitu di kalangan ahli JKKK selain mengawal keselamatan barangan, mereka juga boleh memastikan pembeli dan peniaga berhenti untuk solat," Harakahdaily - 11 April 2008.


Di Negeri Kelantan apabila Pas mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri pada tahun 1990. Mereka tidak hanya terus melaksanakan Islam sahaja tetapi dalam masa yang sama parti itu turut memberikan didikan agama yang cukup kepada rakyatnya agar mereka benar-benar faham mengapa Islam perlu dilaksanakan, mengapa pusat-pusat maksiat harus ditutup, mengapa wanita wajib menutup aurat dan sebagainya. Maka andaikata ketika ini negeri berkenaan dapat melaksanakan hukum hudud tanpa halangan daripada kerajaan pusat saya kira ianya adalah masa yang paling sesuai kerana sudah tentu masyarakat sudah terdidik dengan perlaksanaan hukum berkenaan.

Namun di Negeri Selangor ini kita menyedari bahawa bukan kerajaan Pas yang ditubuhkan di negeri ini, tetapi adalah kerajaan campuran yang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP. Namun begitu melalui perlantikan Pesuruhjaya Pas Selangor iaitu Dato' Dr Hasan Bin Ali sebagai Exco Agama ianya sebenarnya adalah ruang yang besar untuk Pas berdakwah, mendidik masyarakat Islam di Selangor ini dengan ajaran Islam yang sebenar dan seterusnya menguatkuasakan beberapa undang-undang yang termasuk dalam bidang kuasa Exco Agama. Laporan dalam akhbar online Harakahdaily di atas ini menunjukkan kepada kita betapa besarnya Pas dapat berperanan dalam bidang agama sekarang ini.

Di sini cuba kita fikir jika masih bawah kerajaan negeri yang terdahulu adakah semua ini dapat dilaksanakan? Sudah tentu tidak. Mereka hanya memandang pasar malam dan pasar tani ini dari sudut untuk mengaut keuntungan semata-mata. Tidak terfikir pun mereka ini untuk menyediakan suatu ruang agar peniaga dan pengunjung pasar malam ini dapat beribadat walaupun dalam kesibukan berjual-beli. Hinggakan ada yang mengecop pasar malam ini tempat untuk orang mencari keduniaan semata-mata hingga lupa ibadat solat.

Akhir sekali kita juga berharap agar dalam keadaan yang terbatas ini Pas dapat meningkatkan penguatkuasaan undang-undang agar orang Islam tidak dibenarkan masuk ke premis-premis hiburan maksiat dan judi yang telah wujud sejak zaman BN ini lagi.

posted by Lidah Penghunus @ 11:59 PM   1 comments

1 Comments:

At 10:48 PM, Blogger Unknown said...

assalamualaikum w.b.t,,
saya amat terasa kehangatan daripada titipan ruangan dakwah ini,semacam suatu kuasa kebangkitan yang amat mengujakan.terima kasih dr hassan ali,saya sebagai anak jati selangor begitu berbesar hati dengan perancangan ini,tetapi yb selaku exco kerajaan negeri selangor harus sedar,langkah pertama yang teramat mulia sekali di lakukan adalah menghapuskan sarang-sarang pelacuran yang masih di kendalikan oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri selangor sendiri yang mempunyai rangkaian hotel-hotel yang beroperasi di lembah kelang,terutamanya di kuala lumpur.saya antara pegawai sering berkursus di kedua-dua hotel yang terletak di area perdana kuala lumpur dan di kendalikan oleh anak syarikat kerajaan negeri selangor amat pasti tentang kewujudan sarang pelacuran ini,dan saya juga pernah di tawarkan khidmat pelacur yang terdiri daripada rakyat malaysia dan juga dari negara china secara pakej termasuk spa dan sauna.salah seorang rakan saya juga yang sering berurusan dengan pihak pengurusan hotel mengenai tempahan bagi jabatan beliau juga sering di tawarkan khidmat tersebut sebagai timbal balik atas kesudian beliau memilih hotel tersebut untuk membuat seminar.sesungguhnya keadaan ini amat memalukan dan menjelikkan.tolonglah yb,jangan jadi seperti pepatah melayu "semut di seberang dapat dilihat tetapi gajah di depan mata tidak kelihatan".kami telah memilih anda pada pilihanraya lalu,dan pastikan kami terus menyokong anda.hapuskan maksiat!!!

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter