Monday, April 21, 2008

Sedang menunggu pula pembaharuan dalam SPR.

Assalamualaikum.

Minggu lepas kita telah mendengar tentang pembaharuan dalam sistem kehakiman. Hari ini pula kita sekali lagi berasa amat gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan tentang pembaharuan terhadap Badan Pencegah Rasuah. Kita amat mengalu-alukan usaha untuk memulihkan kedua-dua badan yang penting ini demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan BPR. Yang penting harapan kita ialah perlaksanaannya, tidak tinggal suruhanjaya sahaja.

Selepas ini kita sedang menunggu-nunggu pula pengumuman kerajaan untuk memulihkan sistem pilihanraya di negara ini khususnya Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR sebagai usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi. Kerana kemenangan pembangkang di lima negeri dan banyak kerusi parlimen pada pilihanraya umum baru-baru ini tidak boleh ukuran bahawa SPR dan demokrasi di negara ini sudah pulih.

posted by Lidah Penghunus @ 8:02 PM   1 comments

1 Comments:

At 3:35 PM, Anonymous Anonymous said...

kan bagus semua tu.. kira dah mcm ada anjakan dalam pentadbiran kerajaan, "rebranding" dan ubahsuai nie patut untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan intergriti para pemimpin. Jadinya kerajaan dan Perdana Menteri masih lagi di landasan yang betul demi kepentingan semua.. Kerajaan yang prihatin

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter