Wednesday, April 06, 2011

Agi idup agi ngelaban @ PRN Serawak.

Assalamualaikum.

Pagi ini sedang berlangsung penamaan calon sebagai pembuka tirai bagi Pilihanraya Negeri Serawak kali ke-10 sekaligus bermulalah secara rasminya kempen pilihanraya selama 10 hari sehingga hari pembuangan undi pada 16 April.

Ketika rakyat Malaysia sama ada di semenanjung mahu Sabah Serawak telah disajikan dengan pelbagai isu seperti kenaikan harga minyak RON 97, isu video seks orang politik, isu saman ekor (ditangguhkan untuk 'menghormati' PRN Serawak), negara kerugian 108b angkara rasuah dan pelbagai lagi isu nasional yang mempunyai perkaitan dengan orang semenanjung dan orang Sabah Serawak.

Namun begitu kami di semenanjung hanya mampu menelan sahaja isu-isu yang berbangkit ini sedangkan pengundi di Serawak ketika ini berpeluang untuk menterjemahkan suara dan tindakan mereka terhadap isu-isu berbangkit melalui peti undi pada 16 April nanti.

Kepada pengundi di Serawak buatlah penilaian yang sewarasnya dengan mengambil kira isu tempatan dan isu nasional sebelum anda membuat pemilihan. Adakah anda pasti bahawa slogan pembangunan dan 1Malaysia yang selalu dilaungkan oleh Barisan Nasional menjadi realiti di tempat anda?

Anda perhalusi pula Buku Jingga yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat kepada kalian dan lihatlah fakta-fakta tentang negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kalian lihat pula tentang kenaikan harga petrol RON 97, adakah anda pasti bahawa ianya tiada kena mengena dengan kehidupan anda dan adakah tidak mustahil kerajaan akan menaikkan pula harga minyak RON 95 setelah anda telah memberikan mereka mandat pada PRN kali ini?

Mungkin isu video seks tiada kena-mengena dengan kehidupan di kawasan anda tetapi adakah anda sanggup bersekongkol (memberi undi) kepada parti yang mengamalkan fitnah secara keji dan jijik demi untuk mempertahankan kuasa mereka? Sanggupkan lagi anda diperbodohkan oleh Umno dan Barisan Nasional melalui media-media tunggangan mereka?

Akhir sekali terjemahkanlah protes anda melalui peti undi pada 16 April nanti. Janganlah takut untuk membuat perubahan. Kami di Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang telah pun membuat perubahan dan kini tibalah giliran anda Rakyat Serawak.

posted by Lidah Penghunus @ 10:47 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter