Friday, April 08, 2011

Hunusan PRN Serawak - Edisi Jumaat.

Assalamuialaikum.

Sikap pembangkang bercelaru
KUCHING 7 April - Kecelaruan pembahagian kerusi di kalangan parti pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 menjadi bukti bahawa mereka bukannya alternatif yang berdaya maju untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, walaupun pembangkang cuba mengatur satu barisan calon yang boleh memberi tentangan kepada BN, namun akhirnya persefahaman itu berkecai sehingga wujud sejumlah besar pertandingan lebih daripada dua penjuru di 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) "Ini bererti mereka tidak dapat kerjasama dan capai kata sepakat sekali gus menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak boleh ada persefahaman. "Jangan cakap nak tubuh kerajaan (di Sarawak), dalam pembangkang pun sudah bertelagah antara satu sama lain," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran dan penyerahan SIRIM Pintar-Learning dan SIRIM Robokit di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, di sini hari ini. Utusan Malaysia - 8 April 2011.

Datuk Seri Najib lupa bahawa sebelum ini di Serawak BN sering menang tanpa bertanding apabila parti pembangkang gagal meletakkan calon di beberapa kerusi DUN. Tetapi pada Pilihanraya Negeri ke-10 pada kali ini pembangkang khususnya Pakatan Rakyat telah sepakat tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN untuk menang. Ini menunjukkan satu perkembangan yang baik untuk pembangkang di Serawak dan tamparan yang hebat untuk BN Serawak.


Manifesto pembangkang ditempelak.
SAMARAHAN 7 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menempelak manifesto pembangkang yang mahu kepimpinan Sarawak diubah sedangkan kepimpinan parti itu juga masih tidak berubah. Mohd. Shafie berkata, pemimpin utama DAP dan Pas masih tidak berubah sehingga kini walaupun ada pemimpinnya telah berada di jawatan tertinggi melebihi 20 tahun seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Mana proses peremajaan DAP dan Pas di mana Karpal Singh masih lagi (menjadi Pengerusi DAP) dan Nik Abdul Aziz Nik Mat juga masih lagi (menjadi Mursyidul Am Pas)? "Mereka tuntut orang lain supaya meletak jawatan sedangkan mereka sendiri tak letak pun. Ini cakap tak serupa bikin!" katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Kampung Jaie dekat Sadong Jaya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai manifesto pembangkang yang mula diedarkan hari ini. Utusan Malaysia - 8 April 2011.

Perubahan yang disebut oleh Pakatan Rakyat itu adalah perubahan kepimpinan inter-partisan bukan perubahan kepimpinan intra-partisan. Mengapa pula Tok Piee nak sebut pasal perubahan kepimpinan dalam parti pembangkang?
Apa pula komen Tok Piee tentang Buku Jingga Pakatan Rakyat yang banyak beri faedah kepada rakyat termasuk rakyat Serawak?


SPRM digesa kekal sifat tegas, berani jalan tugas.
Ketegasan tangani jenayah rasuah mula tunjuk kesan positif: JMM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap suspek serta penjenayah rasuah bagi mengelak negara hancur disebabkan gejala itu.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri. “Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya.
“Ini juga menunjukkan SPRM tidak boleh dibeli oleh penjenayah rasuah. Ini adalah satu transformasi kerajaan yang boleh dilihat keberkesanannya,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam. Berita Harian - 8 April 2011.

Standard manalah orang ni ambil apabila meletakkan banyaknya suspek bunuh diri sebagai pengukur kejayaan sesuatu badan siasatan? Jika begitu lepas ni semua badan siasatan kena bina bangunan yang tinggi bagi memastikan standard mereka tercapai.


BN ikrar jadikan S'wak negeri terkaya.
Daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia.
Pada majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.” http://malaysiakini.com - 7 April 2011.

Nak jadikan Serawak negeri terkaya ke atau jadikan pemimpin Serawak yang terkaya? Yang kita lihat dari penggal ke penggal pemimpin negeri yang makin kaya dan rakyat Serawak macam tu juga. Takut-takut nanti ianya tinggal Serawak kaya, rakyat miskin.


Beri bendera tak memadai di Padungan.
Namun lawatannya yang diiringi oleh 150 ahli NGO 1Malaysia dan 50 jurugambar akhbar kelihatan sebagai satu lakonan untuk media daripada peluang bermesra dengan rakyat.
Walaupun sebahagian besar pemilik kedai di sini gembira dapat bertemu seketika dengan lelaki paling berkuasa di negara ini, namun terdapat seorang yang berani mempersoalkan mengapa Najib hanya membawa bendera 1Malaysia untuk lawatannya itu.
"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya,” kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya. http://malaysiakini.com - 7 April 2011.

Inilah akibatnya kalau selalu diajar dengan duit. Nampak sahaja muka pemimpin BN setiap kali pilihanraya tergambar lambang RM.

posted by Lidah Penghunus @ 11:56 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter