Thursday, April 07, 2011

Hunusan PRN Serawak - Edisi PPSMI.

Assalamualaikum.

Cadangan beri kelonggaran Sains, Matematik dalam BI dikaji.
DATUK Seri Najib Razak berkata kerajaan masih mengkaji cadangan sekumpulan ibu bapa supaya diberi kelonggaran kepada anak mereka yang ingin mengikuti pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Katanya, ketika ini kerajaan tidak membuat sebarang komitmen berhubung cadangan itu tetapi pada masa sama menilai hasrat ibu bapa terbabit.
“Kementerian Pelajaran akan mengkaji sama ada kelonggaran boleh diberikan kepada mereka yang ingin belajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.
“Selepas kajian itu, barulah kerajaan akan membuat keputusan berhubung cadangan itu,” Berita Harian - 7 April 2011.

Seksyen 2 dan seksyen berkenaan dalam Akta 1996, bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain. Akta Pendidikan 1996.

Di sini saya percaya masih ramai lagi anak-anak yang tinggal di luar bandar termasuk di Sabah Serawak sana yang memerlukan Bahasa Melayu untuk belajar Sains dan Matematik. Mereka ini mempunyai peluang yang cerah untuk pergi lebih jauh jika mereka diberi kemudahan untuk belajar menggunakan bahasa yang mereka mudah faham dan adalah tidak patut kerajaan membunuh peluang sebilangan besar mereka ini semata-mata untuk memenuhi permintaan sekumpulan ibu bapa dan pelajar yang tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu.

Jika seseorang warganegara itu dimestikan untuk menggunakan bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu ketika berurusan dengan pejabat kerajaan maka ianya terlepas kepada pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Kebangsaan. Jika ibu bapa berkenaan mahu anak mereka belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris maka carilah sekolah selain daripada sekolah kebangsaan.

posted by Lidah Penghunus @ 2:07 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter