Saturday, April 09, 2011

Hunusan PRN Serawak - Edisi malam minggu.

Assalamualaikum.

Kemiskinan: Muhyiddin cabar pembangkang tawar RM10 bilion.
BINTULU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk membasmi kemiskinan di Sarawak berbanding RM1 bilion dijanjikan dalam manifesto pakatan parti pembangkang bagi pilihan raya negeri Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri seterusnya mencabar parti pembangkang menyediakan dana sebanyak RM10 bilion untuk membasmi kemiskinan di Sarawak. http://www.bharian.com.my - 9 April 2011.

Soalnya sekarang ini bukannya angka 1 bilion atau 10 bilion tetapi yang lebih penting adakah ianya benar-benar sampai ke golongan sasaran terutama sekali rakyat miskin yang memerlukan? Atau hanya berlegar di sekeliling kroni-kroni dan pemimpin negeri yang kaya sahaja.

Pemimpin BN tidak perlulah hendak mendabik dada kononnya telah membelanjakan puluhan bilion ringgit untuk membasmikan kemiskinan di Serawak sedangkan kemiskinan di Serawak masih di tahap yang belum memuaskan. Kita pun tertanya-tanya puluhan bilion itu adakah benar-benar dibelanjakan untuk manfaat rakyat atau hanya untuk manfaat kroni.

Pakatan Rakyat walaupun ada hanya RM 1 juta sekalipun, ianya tetap digunakan untuk manfaat rakyat terutamanya golongan miskin dan sudah tentulah ianya akan lebih lagi jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Pada masa itu kita hendak cabar pula Muhyidin agar sediakan peruntukan 10 bilion, bina sekolah, bina hospital, bina balai polis dan bina pejabat SPRM. Dan sudah tentu ketika itu Tan Sri Muhyidin akan berkata bodoh kerana itu semua tanggungjawab dan bidang kuasa kerajaan pusat.

posted by Lidah Penghunus @ 11:05 PM   2 comments

2 Comments:

At 11:16 PM, Anonymous Anonymous said...

FAQ PILIHAN RAYA SARAWAK

Soalan:Apakah hukum mengundi?
Jawapan:Pada asalnya hukum mengundi adalah fardhu kifayah.

Soalan:Bolehkah mengundi dihukum sebagai wajib?
Jawapan:Bergantung kepada situasi dan keadaan,ia boleh menjadi fardhu ‘ain ataupun wajib sekiranya untuk mempertahankan kepimpinan Islam seperti di Sarawak sekarang ini yang berasaskan kepada konsep perkongsian kuasa yang tidak menyalahi syariat Islam.

Soalan:Bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang patut dipilih sebagai umat Islam?
Jawapan:Patuh kepada agama, amanah dan bertanggungjawab kepada rakyat dan bukan bersandarkan unsur-unsur fitnah dan tohmhan semata-mata. Perlu juga dipertimbangkan terhadap jasa, perjuangan, perngorbanan yang telah dilaksanakan oleh seseorang calon itu terhadap pembangunan Sarawak.
Soalan:Sekiranya terdapat beberapa orang calon muslim yang bertanding di sesuatu kawasan,di atas parti politik yang berbeza, bagaimanakah kaedah Islam untuk menentukan calon yang layak menjadi pemimpin, berdasarkan akhlak individu atau prinsip parti?
Jawapan:Pilihlah pemimpin yang cenderung kepada agama dan dapat memberi faedah kepada masyarakat, dan ukurlah juga sejauh mana sumbangan calon-calon tersebut terhadap pembangunan ummah.
Berdasarkan realiti dan situasi politik di Sarawak dengan berpandukan perkongsian kuasa yang telah terbukti kejayaannya, maka pilihlah Parti yang kurang mendatangkan kemudharatan kepada umat Islam. Dan hindarilah mengundi calon parti mereka yang akan mendatangkan kemudharatan yang lebih besar terhadap pembangunan ummah dan memecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk,khususnya di Sarawak.

Soalan:Sekiranya terdapat di kawasan kita calon-calon non muslim yang bertanding. Bagaimanakah untuk kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin?
Jawapan:Pilihlah calon non muslim yang lebih prihatin,bertanggungjawab dan lebih memberi manfaat kepada masyarakat Islam sebagaimana yang telah terbukti dalam memimpin negeri Sarawak selama ini yang berasaskan kepada perkongsian kuasa dan saling hormat-menghormati antara pelbagai kaum dan kepercayaan.

Soalan:Apakah kewajipan wakil rakyat(YB) muslim terhadap rakyat yang pelbagai agama dan kaum yang terletak di kawasan yang dimenanginya?
Jawapan:Islam menuntut agar keadilan dilaksanakan untuk semua tanpa pilih kasih, hatta terhadap mereka yang tidak menyokong(tidak mengundinya) sewaktu pilihan raya.Wujudkan keharmonian, saling hormat-menghormati dan maafkan semua orang yang menentang

Soalan:Apa hukumnya menyebarkan fitnah terhadap seseorang calon bagi mempengaruhi pengundi atau memperdayakan mereka yang tidak mengetahui keadaan yang sebenarnya.
Jawapan:Haram dan berdosa besar!

Bersambung.....

 
At 11:17 PM, Anonymous Anonymous said...

Sambungan....

Soalan:Adakah halal elaun@gaji seseorang wakil rakyat(YB) yang memenangi sesuatu pilihanraya disebabkannya melakukan penipuan dan menyebarkan fitnah terhadap lawannya?
Jawapan:Haram! Beliau adalah seorang yang fasiq dan tidak layak menjadi pemimpin.

Soalan:Adakah wajib seseorang calon itu menunaikan janji-janjinya semasa berkempen seandainya dia ditakdirkan sebagai pemenang?
Jawapan:Wajip ditunaikan jika dia memenangi pilihan raya tersebut, walaupun parti yang diwakilinya tidak menjadi pemerintah di negeri itu.Jika tidak ditunaikan maka beliau dikhuatiri menjadi munafik.(sesungguhnya orang-orang munafik itu dibuntut neraka jahanam).

Soalan:Apakah hukumnya mengingkari pemerintah?
Jawapan: “Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari,
“Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Soalan:Dalam kontek Negeri Sarawak, jumlah umat Islam sekitar 25%(tidak ada mana-mana kaum boleh disifatkan sebagai majority:Iban;36%,Cina:32%).Apakah hukumnya individu atau parti yang memecahbelahkan perpaduan dan persaudaraan umat Sarawak yang sangat sedikit itu jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk Sarawak?

Jawapan:Haram, kerana jamaah dan ukhuwah Islamiah mengatasi segala kepentingan parti atau individu terutama sekali di kalangan umat Islam Sarawak yang begitu sedikit. Dan seandainya ditakdirkan umat Islam kehilangan kekuatan dan kuasa memerintah, maka mereka yang terlibat dan bersubahat mengkhianati kepimpinan Islam itu bukan sahaja haram malah berdosa besar!.

Semoga FAQ Pilihan Raya ini ada manfaatnya bagi mereka yang mahu berfikir untuk masa depan rakyat Sarawak.

UMAT ISLAM SARAWAK,RENUNG-RENUNGKANLAH!
JANGAN KERANA SEEKOR DUA NYAMUK YANG MENGHISAP DARAH SEMUA KELAMBU DIBAKAR....!!!!
YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.....!!!

DR MUZZAKIR

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter