Thursday, May 26, 2011

Dahulukan rakyat, turunkan lagi harga minyak.

Assalamualaikum.

Harga kekal
PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG buat masa ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak dan kepentingan rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat. Keputusan itu juga menolak spekulasi sebelum ini bahawa kerajaan akan menaikkan harga produk petroleum sehingga 30 sen seperti tersebar dalam laman blog dan Facebook. Berita Harian - 26 Mei 2011.

Kita menyambut baiklah pengumuman kerajaan bahawa harga RON95, diesel dan gas tidak dinaikkan. Kerana rakyat sekarang ini sudah terbeban dengan kenaikan harga barang ekoran daripada kenaikan bahan-bahan berkenaan.

Bagi saya RON97 juga perlu diturunkan ke harga yang lebih munasabah. Ini bukan kerana saya pengguna RON97, kenderaan saya hanya menggunakan RON95. Ini adalah untuk mereka yang kenderaannya terpaksa menggunakan RON97. Harga 2.90 seliter itu adalah amat membebankan bagi mereka.

Malahan jika kerajaan benar-benar prihatin akan masalah rakyat harga RON95 dan diesel juga harus diturunkan lagi supaya ribut kenaikan harga barangan ini dapat diredakan kerana kenaikan harga bahan api ini yang memberikan kesan kepada harga barangan dan keperluan melalui kos pengeluaran.

posted by Lidah Penghunus @ 5:07 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter