Thursday, May 19, 2011

Tiada istilah pro-Anwar dan prokepimpinan ulama' dalam PAS.

Assalamualaikum.

Pertembungan kumpulan pro Anwar, ulama dalam pemilihan Pas.
KUALA LUMPUR 18 Mei - Percaturan pemilihan barisan kepimpinan baru Pas yang dijadual pada bulan depan akan menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan dominan di dalam parti itu, pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan prokepimpinan ulama.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pembentukan dua kumpulan sememangnya wujud di dalam Pas kerana ada beberapa pemimpin parti itu kini dilihat begitu liberal serta sealiran dengan pemikiran Anwar walaupun Ketua Pembangkang itu jelas berfahaman pluralisme.

Beliau berkata, tidak dinafikan kepimpinan ulama masih wujud di dalam Pas apabila jawatan Presiden parti dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi persoalannya bagaimana pula dengan pengisian jawatan nombor dua parti dan ke bawah. Utusan Malaysia - 19 Mei 2011.


Di sini saya suka memetik kembali kata-kata Tuan Guru Presiden PAS yang berbunyi "tiada istilah golongan ulama dan golongan profesional dalam PAS, yang ada ialah 'amilin, murabbi dan mujahidin".

Kalau Datuk Nakhaie berkata tentang pro-Anwar dan prokepimpinan ulama' dalam PAS, kita nak bagitahu Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz seorang tokoh ulama' PAS adalah orang yang paling kuat mahukan PAS terus bekerjasama dengan PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang dijangka bertanding Timbalan Presiden juga adalah seorang ulama' yang tidak asing lagi di negara ini.

Saya rasa Datuk Nakhaie kena studi habis-habis dahulu hierarki dalam kepimpinan PAS. Berapa orang ulama' yang mengisi jawatan AJK PAS pusat dan di mana kedudukan Ahli Majlis Syura Ulama' dalam hierarki tersebut, baru boleh keluarkan kenyataan.

Lagipun apa masalahnya sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim juga biasa dengan tokoh ulama yang terkemuka seperti Dr Yusuf Qardhawi dan Dr Wahbah al Zuhaili dan ini yang tidak diwar-warkan oleh media perdana yang selalu menuduh Anwar sebagai agen barat

posted by Lidah Penghunus @ 1:20 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter