Wednesday, May 11, 2011

Sekolah remaja hamil penuh? Sungguh menakutkan!

Assalamualaikum.

Sekolah remaja hamil penuh.
15 diletakkan dalam senarai menunggu Sekolah Harapan dan Rumah Harapan
JASIN: Sejak ditubuhkan pada awal September 2010, Sekolah Harapan dan Rumah Harapan (SHRH) Melaka sudah menerima 49 remaja hamil dan bilangannya dijangka meningkat kerana permohonan terus bertambah.
Pengerusi Lembaga SHRH, Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata, sepanjang tempoh itu, 28 bayi dilahirkan dengan semua diambil oleh keluarga ibu mereka.
Katanya, sehingga kini, 35 remaja menghuni rumah kebajikan berkenaan dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, manakala bakinya sedang menunggu masa untuk bersalin.
Mereka datang dari seluruh negara dan berusia antara 14 hingga 18 tahun, iaitu 14 dari Johor, masing-masing lapan dari Melaka dan Pahang, masing-masing lima dari Negeri Sembilan dan Kelantan, Terengganu (3), Kuala Lumpur (2) dan masing-masing seorang dari Selangor; Perak dan Sarawak.
Ab Rahaman berkata, setakat ini, 15 orang dalam senarai menunggu untuk memasuki rumah kebajikan berkenaan berikutan jumlah penghuni pada masa ini sudah mencapai bilangan maksimum.
“Kita minta mereka bersabar kerana kerajaan negeri mungkin menimbang untuk menambah kapasiti dan kemudahan sekolah itu, selain bercadang meningkatkan penerimaan penghuni sehingga 50 orang pada satu masa,” katanya.
Ab Rahaman berkata, tahun ini, kos mengurus dan pembangunan sekolah itu dijangka membabitkan kira-kira RM1.1 juta berbanding RM547,171 tahun lalu. Berita Harian - 11 Mei 2011.


Penuhnya sekolah remaja hamil ini adalah petanda betapa keruntuhan akhlak remaja kita ditahap yang membimbangkan. Kerajaan tidak kiralah kerajaan pusat atau kerajaan mana-mana negeri perlu mengambil langkah yang lebih serius untuk membendung gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja ini.

Kalau tidak silap-silap sekolah remaja hamil inilah yang akan meningkatkan lagi gejala penzinaan dan kehamilan di luar nikah. Lagi diperbesarkan sekolah ini makin ramai lagi yang akan hamil di luar nikah dan ianya tidak akan ada penyelesaian selagi kita tidak kembali kepada Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 1:03 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter