Wednesday, May 04, 2011

Harga RON 97 dinaikkan sebagai hadiah Hari Pekerja.

Assalamualaikum.

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90.

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.
Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran. http://malaysiakini.com - 4 Mei 2011.

Tiga hari yang lepas sempena hari pekerja rakyat telah berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka tentang kenaikan harga barangan yang menghimpit golongan rakyat yang rata-ratanya adalah golongan pekerja. Namun ianya bukan mendapat simpati daripada kerajaan tetapi kerajaan melalui pihak polis telah menangkap mereka yang berhimpun secara aman itu.

Malahan hari ini kerajaan Barisan Nasional telah menaikkan harga pula petrol RON 97 kepada RM 2.90 seliter. Walaupun ianya adalah petrol yang berprestasi tinggi tetapi bagi saya harga RM 2.90 itu adalah terlalu tinggi dan amat membebankan bagi rakyat sebuah negara pengeluar minyak seperti Malaysia ini.

Memang benar kebanyakan rakyat menggunakan RON 95 dan harga petrol jenis masih ini lagi kekal. Tetapi kerajaan BN menzalimi mereka yang terpaksa menggunakan RON 97 untuk kenderaan mereka dan menafikan hak rakyat untuk menikmati petrol yang berkualiti pada harga yang rendah.


posted by Lidah Penghunus @ 11:22 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter