Wednesday, April 27, 2011

Halau sahaja kedutaan Israel daripada bumi Mesir.

Assalamualaikum.

Rakyat Mesir mahu perjanjian dengan Israel dimansuh.
KAHERAH: Lebih separuh daripada seluruh rakyat Mesir mahu melihat perjanjian damai 1979 dengan Israel dimansuhkan, berdasarkan keputusan satu kajian pendapat yang dijalankan pusat penyelidikan yang berpejabat di Amerika Syarikat.

Kajian pendapat berkenaan menggariskan ketidakpopularan perjanjian selama tiga dekad itu yang menyokong dasar Amerika di rantau itu dan kesetiaan kepada bekas Presiden Hosni Mubarak, sehingga penggulingan beliau pada 11 Februari.
Ia juga mendedahkan bahawa kebanyakan rakyat Mesir optimis mengenai arah tuju negara mereka berikutan kebangkitan popular selama 18 hari yang membawa kepada kejatuhan presiden dan mereka melihat ke arah demokrasi di negara berkenaan.
Kejatuhan pemimpin Mesir itu dan kebangkitan lebih banyak sistem demokratik bagaimanapun boleh mengancam hubungan dengan Israel.

Berdasarkan keputusan kajian pendapat berkenaan, hanya 36 peratus penduduk Mesir bersetuju dengan meneruskan perjanjian itu berbanding 54 peratus yang mahu melihat ia dimansuhkan.

Biarpun keamanan sejak berdekad dan perdagangan terbatas antara kedua negara, kebanyakan penduduk Mesir memandang serong negara Yahudi itu terutama persepsi bahawa mereka memberi layanan buruk kepada penduduk Palestin.

Pendapat berkenaan berbeza berdasarkan pendapatan di mana 60 peratus penduduk Mesir berpendapatan rendah menyokong pembatalan perjanjian manakala 45 peratus golongan kelas kaya berpendapat ia perlu diteruskan.
Hanya 40 peratus penduduk Mesir dengan pendidikan kolej berasakan perjanjian itu perlu dimansuhkan.

Kajian adalah berdasarkan temubual dengan 1,000 penduduk Mesir di seluruh negara itu, yang dijalankan antara 24 Mac dan 7 April sebagai sebahagian daripada kajian Spring 2011 Pew Global Attitudes yang diadakan di 22 negara.

Pergerakan pro demokrasi pimpinan golongan muda negara itu, yang menggegarkan Mesir dan mengubah persekitaran politik memberikan kesan dramatik kepada tingkah laku penduduk. Kajian berkenaan menunjukkan satu siri kebangkitan optimis dan perubahan sikap mengenai dasar yang lebih wajar diutamakan. Berita Harian – 27 April 2011.


Sebenarnya bukan rakyat Mesir sahaja yang minta Mesir putuskan hubungan dengan negara haram Israel. Umat Islam negara lain di seluruh dunia terutamanya yang hati mereka dekat dengan Masjid al-Aqsa sebenarnya sudah lama berharap agar negara yang berjiran dengan Palestin ini memutuskan hubungan mereka dengan Israel. Apatah lagi umat Islam Palestin yang selama ini turut menerima kesan buruk akbibat dasar berbaik-baik kerajaan Mesir dan Israel itu.

Kerana perjanjian dengan Israel inilah yang menyebabkan Mesir selama ini bertindak zalim dengan menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui jalan darat yang menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Gaza terus menderita akibat kepongan oleh rejim Zionis.

Sekarang ini Alhamdulillah rejim yang berbaik-baik dengan Israel telah tumbang. Maka besarlah harapan umat Islam di seluruh dunia yang cintakan bumi Baitul Maqdis dan al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam agar negara di bumi anbiya’ ini memutuskan hubungan dengan negara haram Yahudi dan menghalau mereka daripada bumi Mesir.

Bukan sahaja negara Mesir, harapan ini turut juga disandarkan kepada negara umat Islam lain yang masih mengadakan hubungan dengan Israel sudah termaktub bangsa Yahudi adalah bangsa yang tidak boleh dibuat perjanjian.

posted by Lidah Penghunus @ 4:33 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter