Tuesday, April 26, 2011

Tazkirah daripada MB yang jahil.

Assalamualaikum.

ADUN pembangkang terdiam kena tazkirah hampir 10 minit oleh MB.
SEREMBAN 25 April - Seorang wakil rakyat pembangkang terdiam selepas diberi tazkirah hampir 10 minit oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung soal iman dan alam ghaib pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Mohamad (BN-Rantau) memberi tazkirah itu kerana kesal dengan soalan lisan Rashid Latif (PKR-Ampangan) yang bertanyakan mengenai relevannya sepotong ayat dalam bacaan talkin iaitu 'tanpa segan silu cacing membaham...' sedangkan dakwanya tanah perkuburan Islam tertentu didapati tiada cacing.
"Susah saya nak jawab soalan ADUN Ampangan ini sebab saya tidak pakai kopiah atau serban, tetapi saya hendak tegaskan hukum mempercayai perkara itu adalah wajib
"Bacaan talkin bukan untuk orang mati, tetapi orang seperti Yang Berhormat inilah, yang hidup, dengarlah elok-elok," jelasnya.
Mohamad berkata, janganlah kerana mahu menegakkan parti dan siasah yang dibawa, agama Islam dipermainkan.
"Contohnya, undi parti tertentu masuk syurga. Kalau begitu kasihan dengan ulama di Mekah dan Madinah sebab tiada parti itu di sana. Jangan ambil alih hak Allah dan hendak jadi Tuhan," tegas Mohamad. Utusan Malaysia – 26 April 2011.


Di sini saya terpanggil untuk mengulas ‘tazkirah’ Menteri Besar Negeri Sembilan tentang undi PAS masuk syurga yang dikaitkan dengan ulama’ di Mekah yang tidak berpeluang untuk masuk syurga kerana tiada parti khususnya parti Islam.

Bagi saya ini adalah kenyataan daripada orang yang jahil tetapi tidak mahu mengaji. Para ulama’ menasihatkan orang Islam untuk memilih pemimpin yang adil yang berusaha untuk laksanakan Islam dan sudah tentulah perbuatan baik mereka itu mendapat ganjaran pahala asalkan niat mereka kerana Allah.

Di Malaysia ini cara memilih pemimpin adalah melalui pilihanraya, jadi mahu tidak mahu umat Islam di negara ini perlu juga menyertai pilihanraya dalam usaha mereka untuk melaksanakan Islam.

Tetapi kenyataan ulama’ ini berikan kesimpulan mudah oleh pemimpin Umno sebagai undi PAS masuk syurga. Tidak cukup dengan itu mereka sempitkan skop tentang pemilihan pemimpin ini dengan membawa politik kepartian ke Mekah dan Madinah yang berbeza dengan Malaysia itu.

Sedangkan walaupu di Mekah dan Madinah walaupun sana tiada parti Islam Se-Mekah atau Madinah tetapi dalam soal kepimpinan Allah tetap berikan ganjaran pahala kepada mereka yang sentiasa berniat dan berusaha untuk menaikkan pemimpin yang adil dan melaksanakan Islam walaupun bukan melalui jalan pilihanraya. Lagipun di Mekah sendiri sudah tertegaknya hukum Allah iaitu Hukum Hudud.

posted by Lidah Penghunus @ 1:25 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter