Friday, April 22, 2011

Tumbangnya Hosni Mubarak, tidak perlu lagi misi bantuan melalui jalan laut.

Assalamualaikum.

Negara mahu hantar kapal bantuan kedua ke Gaza
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar kapal bantuan kedua ke Gaza, Spirit of Rachel Corrie pertengahan bulan depan dalam misinya untuk memecahkan sekatan tentera Israel di semenanjung Palestin itu.

Kapal Spirit of Rachel Corrie itu adalah Rachel Corrie dan mengambil sempena namanya, iaitu kapal bantuan kemanusiaan pertama Malaysia yang diserang komando Israel kira-kira 35 kilometer dari Gaza pada Mei tahun lalu.
Misi kali ini adalah bagi membantu penduduk Gaza seramai 1.5 juta orang mengatasi masalah mendapatkan bekalan air bersih dan membaiki sistem pembetungan yang musnah dalam serangan tentera Zionis itu pada penghujung 2008.
Pelancaran misi itu akan dilakukan oleh Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur hari ini.

Wakil PGPF, Matthias Chang memberitahu Berita Harian, kapal Spirit of Rachel Corrie itu akan membawa muatan 1.5 juta botol air mineral 500 mililiter dan paip PVC sepanjang 15 kilometer sebagai simbol kepada penduduk Gaza dalam usaha mereka mengatasi masalah bekalan air dan pembetungan. Berita Harian – 22 April 2011.

Mesir bersedia untuk benarkan bantuan ke Gaza
Khamis, 21/04/2011 - Menteri Luar Negara Mesir, Nabil al-Arabi telah mengesahkan semasa menerima kunjungan Gabungan Mesir-Antarabangsa untuk Akhiri Sekatan Gaza, bahawa Mesir telah benar-benar bersedia untuk membantu proses membawa bantuan kemanusiaan dan bahan-bahan pembinaan masuk ke Gaza, kata jurucakap Kementerian Luar Negara Mesir, Manha Bakhoum.
Menteri Luar Negara berkenaan telah membuat perjanjian politik dengan jelas bagi membawa barang-barang keperluan masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah selepas isu ini dibawa kepada Presiden Mesir dengan tujuan untuk mengambil tindakan yang perlu dan bersesuaian.
Dalam perkembangan lain, diplomat-diplomat Mesir menafikan laporan yang mengatakan bahawa urusan untuk membawa Arabi melawat Gaza dalam masa terdekat sedang dilakukan. http://palestinkini.info/ - 21 April 2011.

Di sini saya alu-alukanlah usaha untuk memberi bantuan kepada penduduk Gaza tidak kira daripada pihak mana pun kerana ketika ini penduduk Gaza yang dikepong oleh negara haram Zionis amat memerlukan bantuan dalam bentuk keperluan asas.

Sebenarnya idea menggunakan jalan laut iaitu kapal untuk menghantar misi bantuan ke Gaza pertengahan tahun lalu ada ekoran daripada tindakan kerajaan Mesir yang ketika itu dipimpin oleh Hosni Mubarak yang menutup pintu masuk ke Gaza melalui sempadan Mesir.

Sekarang ini Hosni Mubarak telah pun tumbang melalui Revolusi Mesir awal tahun ini dan baru-baru ini pentadbiran Mesir yang sekarang telah menyatakan kesediaan mereka membuka sempadan untuk kerja-kerja membantu rakyat Palestin yang sekian lama menderita oleh tindakana kejam Israeil dan juga Hosni Mubarak.

Oleh itu bagi saya Malaysia khususnya Yayasan Keamanan Global Perdana tidak perlu lagi untuk menggunakan jalan laut untuk menghantar bantuan kerana sempedan Mesir telah terbuka luas untuk mereka. Ini lebih selamat daripada risiko diserang oleh ‘lanun’ Zionis seperti yang berlaku kepada Mavi Marmara tahun lalu.

posted by Lidah Penghunus @ 10:59 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter