Wednesday, April 13, 2011

Hunusan PRN Serawak - Edisi Rabu.

Assalamualaikum.

MB terkejut kos velodrom RM36 juta.
KUALA TERENGGANU 12 April - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terkejut sebaik sahaja mengetahui kos pembinaan velodrom mini di Dungun mencecah RM36 juta iaitu kira-kira 12 kali ganda lebih besar daripada kos sepatutnya iaitu RM3.5 juta. Beliau menegaskan, projek pembinaan velodrom tersebut mesti mengikut ketetapan kos asal iaitu RM3.5 juta. "Memang saya terkejut apabila mendapat maklumat yang kos membina velodrom di Dungun ini mencecah RM36 juta, ini satu jumlah yang banyak sedangkan kos asal adalah RM3.5 juta," katanya. Utusan Malaysia - 13 April 2011.

Kepada pengundi-pengundi di Serawak sebelum membuang undi pada 16 April ini bacalah dahulu petikan akhbar di atas ini. Peruntukkanlah 100 bilion sekali pun tetapi jika berlaku seperti di atas ini ianya tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat khususnya golongan miskin kerana duit yang dikeluarkan tidak sampai kepada rakyat sebaliknya terbuang begitu sahaja dan yang kaya hanyalah mereka yang mendapat projek-projek yang berkaitan.

Ini adalah salah satu daripada puluhan episod salah urus wang rakyat yang akan kita dengar terutamanya apabila Audit Negara membentangkan laporan mereka. Yang ruginya adalah rakyat dan yang terus menerus menjadi miskin juga adalah rakyat. Kroni-kroni tidak akan terjejas malahan mendapat lebih keuntungan daripada gejala ini.

Maka seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, tidak kira berapa peruntukkan perbelanjaan yang akan dikeluarkan, yang penting ianya diuruskan dengan baik oleh mereka yang benar-benar amanah dan sampai ke golongan sasaran iaitu rakyat.


Rahim cabar Anwar bersemuka cari kebenaran
LIMBANG: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik semalam mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersemuka dengan beliau berikutan penafian berterusannya berhubung klip video rakaman seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Dalam pertemuan itu, kata Abdul Rahim berkata, Anwar boleh meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya berhubung pendedahan berkenaan kepada beliau dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim. Berita Harian - 13 April 2011.

Ini adalah antara taktik yang digunakan oleh pemimpin BN yang dibantu oleh haiwan politik untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat semasa Pilihanraya Negeri Serawak.

Cabaran dibuat ketika Pilihanraya Negeri yang mana ketika ini Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat jadual yang ketat yang berkaitan dengan kempen pilihanraya. Sudah tentulah buat masa ini Datuk Seri Anwar tidak dapat bersemuka dengan Datuk T.

Maka mereka akan menggambarkan khususnya kepada rakyat Serawak bahawa Anwar takut untuk bersemuka kerana salah. Dan bila berlalu sahaja pilihanraya maka isu ini tidak akan berbangkit lagi.


Mubarak di ICU selepas serangan jantung.
KAHERAH: Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital di Sharm el-Sheikh selepas mengalami serangan jantung ketika disoal siasat pihak pendakwaraya.
"Bekas Presiden Hosni Mubarak dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Antarabangsa Sharm el-Sheikh selepas mengalami serangan jantung," menurut agensi berita rasmi MENA. http://www.bharian.com.my - 13 April 2011.

Kepada pemimpin yang tamakkan kekayaan, menindas serta menzalimi rakyat terutama di Serawak, ambillah pengajaran daripada Revolusi Mesir 2011 serta apa yang terjadi kepada pemimpinnya yang zalim yang telah digulingkan ini.

Saya tidak menyebut tentang revolusi di Serawak tetapi seseorang pemimpin yang zalim itu juga boleh jatuh dengan hina apabila ditolak oleh rakyat melalui pilihanraya. Allah boleh memberikan kehinaan kepada seseorang pemimpin yang zalim itu dengan pelbagai cara yang Dia mahu.

posted by Lidah Penghunus @ 12:48 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter