Tuesday, April 12, 2011

Hunusan PRN Serawak - Edisi kempen kepada guru.

Assalamualaikum.

TPM minta 'jasa baik' guru di S'wak pangkah BN.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.
Beliau yang juga timbalan perdana menteri menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.
Muhyiddn yang juga timbalan pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang ini.Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting. http://malaysiakini.com - 11 April 2011.

Guru adalah golongan profesional dan intelek yang diberikan kelebihan untuk berfikir secara kritis berdasarkan ilmu yang mereka perolehi. Guru juga adalah profesyen yang paling dekat dengan masyarakat dan mereka bukan sahaja mengajar, bahkan mendidik pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial. Khususnya guru-guru Serawak yang mengajar di kawasan pedalaman, ada antara mereka yang terpaksa di kawasan pedalaman, menelusuri sungai-sungai untuk ke tempat mengajar.

Maka mereka tentu lebih tahu dan lebih dekat dengan kehidupan masyarakat pedalaman yang hidup serba kekurangan. Mereka lebih nampak gambaran tentang kesusahan masyarakat di kawasan mereka melalui anak-anak murid yang mereka ajar. Mereka jugalah orang yang sering mendengar rintihan daripada ibu bapa kepada anak murid mereka yang telah lama diabaikan oleh Barisan Nasional. Oleh itu adalah tidak patut golongan guru yang nampak tentang kesusahan rakyat yang diabaikan oleh pemimpin Barisan Nasional masih lagi mahu mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya negeri pada kali ini.

Merekalah yang sepatutnya mendidik masyarakat agar tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangunan Barisan Nasional yang dibuat setiap kali tiba pilihanraya dan memberikan kesedaran kepada masyarakat di Serawak khususnya di kawasan pedalaman tentang penting membuat perubahan melalui pilihanraya agar hidup mereka tidak selamanya dihimpit dengan kemiskinan.

Kita harap guru-guru di Serawak tidak tunduk dengan 'peringatan penting' Timbalan Perdana Menteri yang jelas telah mempergunakan majlis rasmi kerajaan untuk berkempen politik. Jika kesediaan para guru mengundi BN dianggap Muhyiddin sebagai jasa baik. Jasa guru yang paling besar sebenarnya adalah mendidik anak bangsa serta mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan serta cengkaman penguasa dan haloba.

posted by Lidah Penghunus @ 1:01 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter