Sunday, April 10, 2011

Hunusan PRN Serawak - Edisi hujung minggu.

Assalamualaikum.

Petronas perkenal Primax 95 Xtra ganti RON 95.
KUALA LUMPUR 9 April - Petronas Dagangan Bhd. (PDB) hari ini melancarkan Primax 95 Xtra, minyak baru diinspirasikan oleh teknologi Formula Satu yang terbukti mampu memberi lebih kuasa serta kilometer bagi setiap liter. Minyak baru itu bagi menggantikan RON 95 di 950 buah stesen minyak Petronas sedia ada. Primax 95 Xtra akan dijual pada harga kawalan minyak RON 95 walaupun memiliki mutu dan prestasi yang lebih tinggi. Utusan Malaysia - 10 April 2011.

Jangan ini taktik untuk naikkan harga minyak bawah RON 97 sudahlah. Kita masih ingat ketika RON 95 ini diperkenalkan pada tahun 2009 bagi menggantikan RON 92, ianya dijual dengan harga RM 1.75. Sebaik sahaja RON 92 dimansuhkah pada 1 September, harga RON 97 dinaikkan daripada RM 1.80 kepada RM 2.05 dan RON 95 mengambil tempat RON 97 dari segi harga.


Tubuh Anwar memang agak berisi - Rahimi
KUALA LUMPUR 9 April - Ketika Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menafikan lelaki dalam rakaman video aksi seks yang didedahkan baru-baru ini suaminya dengan alasan susuk tubuh Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tegap, bekas Setiausaha Sulit Anwar pula tampil mengesahkan yang fizikal bekas bosnya itu memang agak berisi. Muhamad Rahimi Osman yang mewarisi 'diari merah' (istilah bagi menggambarkan hubungan cukup rapat sehingga diberi kepercayaan untuk mengurus rahsia) ketua pembangkang itu berkata, susuk tubuh Anwar semakin berisi sejak keluar penjara pada 2004 dan ia jelas kelihatan apabila beliau memakai baju T. "Saya memang tidak pernah melihat Anwar tidak berbaju, tetapi selalu berurusan ketika beliau memakai baju T. Memang jelas keadaan susuk tubuh Anwar berisi dan bukan tegap sebagaimana didakwa Wan Azizah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Utusan Malaysia - 10 April 2010.

Siapa sebenarnya isteri Anwar ni?.?.? Orang yang berisi tidak semestinya berperut buncit. Memang adatlah manusia makin kelamaan akan berisi apatah lagi setelah keluar dari penjara.


Pertahan pelakon video seks
KUALA LUMPUR 9 April – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa melepaskan jawatan Mursyidul Am Pas dan diminta tidak menjadi pemimpin hipokrit, pembohong dan pelacur kepada agama sendiri. Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh (gambar) membuat desakan itu ekoran tindakan Nik Abdul Aziz yang hanya menyalahkan orang yang merakam serta mengedar video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan bukan pelaku aksi itu. “Sesuatu yang menghairankan apabila Nik Abdul Aziz tidak marah kepada pelakon video seks itu, malah mempertahankan pelakon tersebut. Dengar kata, beliau sedang mencari ilham untuk mengeluarkan fatwa yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan adegan pelakon tersebut. “Saya mewakili anak muda Islam generasi baru menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ‘pelacur politik’ yang bertopengkan agama untuk meraih kuasa dan takhta. Moralnya sama taraf seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ayah Pin,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Utusan Malaysia - 10 April 2011.

Saya rasa ada yang tidak kenalah dengan ahli-ahli Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) ini. Dahulu ahli wanitanya menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan Ayah Pin. Beberapa hari yang lepas Yang Dipertuanya mengeluarkan kenyataan bahawa bilangan suspek yang membunuh diri sebagai kejayaan sebuah badan siasatan sebagai merujuk kepada SPRM dan hari ini pengarah kebangsaannya pula menuduh Mursyidul Am PAS pertahan pelakon video seks dan mengulangi kenyataan yang menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan Ayah Pin.

Mursyidul Am sebuah gerakan Islam ini tidak sekali-kali mempertahan orang yang melakukan maksiat, apatah lagi dosa besar iaitu zina. Tetapi masalah kesahihan video itu yang menyebabkan Menteri Besar Kelantan ini tidak percaya bahawa pelakonnya adalah Datuk Seri Anwar. Jika hingga tahap inilah mereka sanggup menghina ulama', hanya Allah sahajalah yang akan membalas kebiadaban mereka itu dan adalah baik mereka buang sahaja perkataan 'melayu' dalam pertubuhan mereka itu kerana jelas memalukan orang Melayu dengan kenyataan-kenyataan tidak siuman mereka selama ini.


Pengundi Cina sukar buat pilihan.
KUCHING: Kaum Cina, yang membentuk hampir satu pertiga daripada pengundi pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu depan, menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada akan menyokong kerajaan atau pembangkang, kata seorang pemimpin masyarakat.
Pemanca bagi Bandaraya Kuching, Ko Wai Neng, berkata meskipun begitu, beliau secara peribadi percaya bahawa kaum berkenaan seharusnya menyokong Barisan Nasional (BN).
"Pilihan raya ini amat penting daripada perspektif negara secara keseluruhan. Penduduk Cina di negara ini hanyalah 23 peratus, ini bermakna jika kita mahu meningkatkan kedudukan dan menjaga kepentingan dalam kerajaan, kita perlu berada dalam kerajaan dan BN adalah sebuah kerajaan," http://www.bharian.com.my - 10 April 2011.

Bagi saya pengundi Cina di Serawak tidak perlu ragu-ragu untuk menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya negeri pada kali ini. Mereka seharusnya mencontohi kaum Cina di semenanjung yang tidak teragak-agak untuk melakukan tsunami politik pada Pilihanraya Umum 2008 yang menyebabkan tumbangnya kerajaan BN di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor serta hilangnya majoriti 2/3 BN di Dewan Rakyat.

Dan mereka lihatlah bagaimana kehidupan masyarakat Cina di keempat-empat negeri (kini tinggal tiga) berkenaan, adakah seperti yang dimomok-momokkan oleh pemimpin Barisan Nasional selama ini? Tidak perlu lihat Pulau Pinanglah, mereka lihat pula Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz, masyarakat Cina di sana hidup selesa di bawah kepimpinan Ulama dan tiada pun kepentingan mereka yang digugat oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Jadi seruan saya kepada pengundi Cina di Serawak, sahutlah slogan 'Jom Ubah' yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat di Serawak pada 16 April nanti.


posted by Lidah Penghunus @ 10:10 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter