Wednesday, April 13, 2011

Hunusan PRN Serawak - Edisi Khas perang media.

Assalamualaikum.

Malaysiakini dan Sarawak Report diserang.
KUALA LUMPUR, 13 April: Kerana bimbangkan pengaruhnya yang semakin berkembang, laman web Sarawak Report (SR) dan Malaysiakini diserang oleh pihak-pihak tertentu dan tidak boleh dilawati.
Sarawak Report mula diserang empat hari lepas manakala Malaysiakini tidak boleh dilawati langsung mulai semalam.
SR sejak dari penubuhannya menumpukan serangan mereka kepada kepimpinan BN Sarawak khasnya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud.
Laporan Malaysiakini bagaimana pengundi Sarawak berebut-rebut Tupperware dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga sangat memalukan Najib dan BN.
Malaysiakini juga telah berjaya memperlihatkan pertembungan antara Najib dengan Taib Mahmud di Sarawak. http://harakahdaily.net - 13 April 2011.

Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan.
Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang.
“Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya,” kata sumber dalaman itu.
Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina. http://www.malaysiakini.com - 13 April 2011.

Barisan Nasional memiliki kawalan sepenuhnya kepada media-media utama negara seperti RTM, TV3, Utusan dan Berita Harian yang memudahkan parti pemerintah ini menyalurkan apa sahaja yang hendak disampaikan melalui media tunggangan mereka yang diikuti oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Namun kita hairan, BN hendak juga mewujudkan pasukan blogger untuk berhadapan dengan blogger-blogger daripada parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat. Sedangkan bagi pembangkang inilah sahaja medium yang kita ada selain daripada akhbar dan ceramah.

Tetapi tak mengapalah begitu kerana kita meraikan kebebasan untuk bersuara melalui media baru. Namun apa yang lagi menghairankan kita sudahlah BN menguasai media utama, menggunakan blogger upahan, media-media internet yang propembangkang ini pula mereka hendak sekat. Sebenarnya ini menunjukkan bahawa BN juga sudah tahu bahawa rakyat khususnya generasi muda sudah muak dengan media-media utama yang berat sebelah lebih-lebih lagi ketika pilihanraya yang menyebabkan mereka beralih kepada media alternatif serta media baru.

Jika Pilihanraya Umum ke-12 dahulu antara penyumbang kepada tsunami politik adalah blog, kini BN lagi bertambah tertekan dengan kehadiran laman sosial seperti Facebook yang boleh dimanfaatkan untuk menyampaikan kebenaran. Oleh itu Barisan Nasional jangan fikir bahawa dengan menggodam laman web propembangkang mereka akan dapat menyekat kita dariapada menyampaikan kebenaran. Di alam maya ini ada beribu-ribu lagi penulis blog dan pemilik FB yang bersedia untuk menggerakkan arus tsunami politik di Serawak dan seterusnya pada Pilihanraya Umum ke-13.

posted by Lidah Penghunus @ 3:59 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter