Monday, April 18, 2011

Hunusan pasca PRN Serawak.

Assalamualaikum.

Bermula hari jumaat, 15 April minggu lepas hingga 17 April hari ahad capaian internet di tempat saya terganggu. Saya bagaikan diikat tangan dan kaki dan hanya mampu melihat Pakatan Rakyat di'bantai' oleh Barisan Nasional dalam pertarungan di Serawak. Namun begitu dengan menangnya calon-calon Pakatan Rakyat di kawasan bandar dan kalahnya BN di kawasan bandar menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat bukanlah tewas atau kalah dan kemenangan BN sebenarnya bukanlah kemenangan yang bermaruah.

Keputusan ini sebenarnya menunjukkan kepada kita bahawa BN hanya bergantung kepada media tunggangan mereka iaitu RTM, TV3, Berita Harian dan Utusan Malaysia untuk menang. Namun penggunaan media tunggangan ini ternyata gagal di kawasan bandar yang terdedah dengan media baru seperti laman web, blog dan lama sosial.

'Media internet sukarkan kemenangan'
Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka. Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama. http://malaysiakini.com - 17 April 2010.

Pada malam diumumkan keputusan pilihanraya, saya mengikuti Radio Siaran 24 Bernama yang menemuramah seorang pensyarah sebuah universiti awam. Apabila diajukan soalan tentang jaguhan kampung yang merujuk kepada kemenangan BN di luar bandar. Pensyarah ini menyebutkan bahawa ini menunjukkan masyarakat luar bandar menerima politik pembangunan yang dibawakan oleh BN.

Manakala masyarakat di bandar ujarnya, mereka sudah pun mempunyai taraf ekonomi yang stabil maka mereka lebih tertumpu soal ketelusan dalam pentadbiran (menyedari kenyataannya itu seolah-olah kerajaan BN tidak telus beliau terus mengatakan bukan kerajaan tidak telus tetapi masyarakat bandar hendak lebih telus lagi).

Nampaknya pensyarah yang senasib dengan TV3 dan RTM ini tidak mahu mengakui bahawa BN memperalatkan media dan cara BN ini tidak berjaya di bandar kerana masyarakat bandar telah muak dengan media yang berat sebelah, ditambah pula dengan kewujudan teknologi maklumat.

Apapun pada pilihanraya kali ini tsunami politik tidak berlaku di Serawak tetapi riak-riaknya sudah ada sebenarnya. Semoga kita dapat terus gerakkan riak-riak gelombang ini hingga tercetusnya tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke-13.

posted by Lidah Penghunus @ 1:10 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter