Monday, April 25, 2011

Isu media perdana yang dikawal oleh kerajaan.

Assalamualaikum.

'Media perdana sekali-sekala kritik kerajaan'
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata media arus perdana harus sekali-sekala mengkritik kerajaan untuk menyampaikan pandangan sebenar orang ramai.
Beliau berkata, ini berikutan media arus perdana enggan mengkritik kerajaan walaupun dibenarkan, malah mengamalkan penapisan kendiri kerana percaya mereka perlu sentiasa memberikan sokongan dan pujian kepada kerajaan.
“Keadaan itu menyebabkan ada kalanya kerajaan mendapat pandangan berat sebelah mengenai apa yang difikirkan orang ramai. Media arus perdana fikir mereka harus melakukan penapisan kendiri, akibatnya ia memberi tanggapan salah kepada orang ramai. “Sebenarnya ia bukan kerajaan (menapis), ia adalah sikap mereka sendiri dari segi peranan sebagai media arus perdana. Mereka fikir bukan (peranan) mereka untuk mengkritik kerajaan. Ini berlaku bukan kerana kerajaan menahan mereka (media arus perdana), tetapi kerana mereka fikir mereka harus mencerminkan pandangan kerajaan,” katanya berucap pada Persidangan Blogger Malaysia-rantau ASEAN di sini, semalam. Berita Harian - 25 April 2011.


Benarkah tindakan media-media yang mengampu kerajaan ini tidak dipengaruhi oleh kerajaan Barisan Nasioanl? Lihatlah sahaja Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan, Hata Wahari yang disabitkan bersalah oleh pengurusan Utusan kerana dianggap tidak sehaluan dengan mereka.

Bagaimana mungkin wartawan-wartawan ini boleh mengkritik kerajaan yang memerintah jika tindakan seperti itu yang bakal dikenakan terhadap mereka? Kalau kita lihat akhbar-akhbar media perdana hari ini kandungannya banyak yang menghentam pembangkang dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Salah satunya kenyataan daripada Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berkenaan isu kerjasama PAS dan PKR. Walaupun sebelum ini beliau menafikan perkara tersebut dan meminta akhbar-akhbar yang berkenaan memohon maaf tetapi hari ini mereka terus memainkan isu berkenaan. Tujuan jahat mereka ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR dan semua ini adalah atas arahan bos mereka iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Sebenarnya bukan setakat yang Tun Mahathir sebutkan itu sahaja. Lebih daripada itu kita minta iaitu mendapatkan hak yang sama rata dalam berkempen di siaran televisyen seperti yang diperolehi oleh Umno dan Barisan Nasional setiap kali pilihanraya.

posted by Lidah Penghunus @ 1:02 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter