Saturday, April 23, 2011

As-Sudais suruh Najib laksanakan Islam.

Assalamualaikum.

Kunjungan Imam Besar Masjidil Haram Iktiraf Usaha Malaysia Tegakkan Islam - Najib.
PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kunjungan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais ke Malaysia merupakan pengiktirafan terhadap usaha kerajaan bagi menegakkan Islam di negara ini.

"Saya percaya kalau dia (Sheikh Abdul Rahman) melihat di sini ada banyak kepincangan dari segi kita mengamalkan Islam, saya percaya dia tidak akan datang ke Malaysia.

"Keputusan dia datang itu dengan sendirinya merupakan satu pengiktirafan atas apa yang telah dilakukan oleh kita selama ini untuk umat Islam dan untuk menegakkan Islam di Malaysia," kata Najib ketika menerima kunjungan Sheikh Abdul Rahman di sini. http://www.bernama.com - 22 April 2011.


KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais menggesa umat Islam agar berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah demi memastikan mereka kekal bersatu padu.

Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.

"Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah S.A.W. mengenai pentingnya berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam)," katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini. http://www.bernama.com - 22 April 2011.


Datuk Seri Najib janganlah perasan kononnya Syeikh Abdul Rahman as-Sudais mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. Imam Besar Mekah ini sendiri dalam Khutbahnya menyeru umat Islam negara ini agar mengamal al-Quran dan Sunnah jika tidak mahu berpecah. Dan sudah tentulah pemerintah sendiri yang dituntut dahulu untuk mengamalkan pemerintahan berdasar al-Quran dan Sunnah jika tidak mahu berlaku perpecahan dalam negara.

Adalah amat malang apabila Kerajaan Malaysia yang sering dikunjungi oleh ulama' termahsyur seperti Syeikh Yusuf al-Qardhawi dan Syeikh Abdul Rahman Sudais tetapi masih lagi tidak melaksanakan Islam dalam pemerintahan sepenuhnya.

posted by Lidah Penghunus @ 11:04 AM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter