Friday, April 29, 2011

Masjid tempat sumpah laknat sahaja ke?

Assalamualaikum.

Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat.
KUALA LUMPUR, 29 April: Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu.

Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf.

Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat.

Selain itu, penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan berada di sana bagi mengadakan solat hajat 'menolak fitnah jahat' berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. http://harakahdaily.net - 29 April 2011

Jangan permainkan sumpah laknat.
KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam. "Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie. http://harakahdaily.net - 29 April 2011.

Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi.
KUALA LUMPUR, 29 April: Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.
Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.

Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya. http://harakahdaily.net - 29 April 2011.

Upacara sumpah laknat Shazryl Eskay dibatalkan.
KUALA LUMPUR: Upacara melafazkan sumpah laknat oleh ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, berhubung rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dibatalkan.
Perkara ini diumumkan pengerusi Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, kepada jemaah sebentar tadi. Beliau juga meminta jemaah yang masih berkumpul dalam dewan solat supaya beredar. http://www.bharian.com.my - 29 April 2011.

Memandangkan keadaan kecoh tersebut, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin naik ke atas mimbar untuk menenangkan keadaan. http://www.malaysiakini.com - 29 April 2011.

Trio Datuk T buat sumpah laknat isu rakaman video di Bandar Baru Sentul .
KUALA LUMPUR: Trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan seorang wanita dipercayai warga asing.
Majlis itu dibuat bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang. Shazryl buat sumpah laknat bagi pihak dua yang lain. http://www.bharian.com.my - 29 April 2011.


Kita kesal apabila masjid dijadikan tempat untuk melakukan sumpah laknat yang tidak mematuhi prosedur syariah itu. Kita juga kesal apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai penguatkuasa undang-undang syariah seolah-olah merestui tindakan yang jelas melanggar hukum Qazaf itu.

Dan yang paling kita kesalkan pengerusi Masjid Amru al-As sanggup berbohong di atas mimbar dengan mengatakan bahawa majlis berkenaan telah dibatalkan, sedangkan ianya sebenarnya tidak dibatalkan tetapi ditunda ke pukul empat petang.

Semoga Allah sahaja akan memberi petunjuk kepada kita tentang kebenaran.

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).

posted by Lidah Penghunus @ 5:10 PM   1 comments

1 Comments:

At 9:17 PM, Blogger Unknown said...

adake sumah laknat dalam Islam? lebih baik solat hajat minta petunjuk daripada wat sumpah laknat tu

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter