Wednesday, April 27, 2011

Penggal Parlimen sudah genap tiga tahun, PR 8 - BN 8.

Assalamualaikum.

Penggal Parlimen genap tiga tahun, tiada lagi pilihan raya kecil.
KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas esok memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini sudah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka pilihan raya kecil (PRK) tidak perlu diadakan," katanya kepada Bernama hari ini. http://www.bharian.com.my - 27 April 2011.

Dengan genapnya tiga tahun penggal parlimen pada kali ini maka berakhirlah sudah pertarungan pilihanraya kecil pasca Pilihanraya Umum ke-12. Sejak selesai PRU 12 pada 8 Mac 2008 hingga ke saat ini sudah 16 pilihanraya kecil telah di adakah iaitu yang terbanyak dalam sejarah.

Daripada 16 pilihanraya kecil yang dipertandingkan ini, kemenangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama banyak iaitu Pakatan Rakyat 8 dan BN 8. Bilangan kerusi yang berjaya dirampas juga adalah sama banyak iaitu 2 bagi setiap parti.

Melihat kepada angka yang diperolehi ini kita optimis bahawa Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang pada pilihanraya umum yang akan datang. Lebih-lebih lagi jika pilihanraya yang akan datang ini dibuat secara adil maka tidak mustahil tsunami politik kedua akan berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13. Insya-Allah.

posted by Lidah Penghunus @ 11:43 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter