Thursday, April 28, 2011

Kerajaan cuba bawa ISA dalam perkhidmatan awam?

Assalamualaikum.

Tak tunggu perbicaraan
Peguam Negara, JPA teliti pindaan pekeliling tatatertib garis tindakan terhadap penjawat awam tak amanah

PUTRAJAYA: Penjawat awam yang terbabit dalam kegiatan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa berhadapan tindakan sama ada ditahan gaji, diturun pangkat atau dibuang kerja tanpa menunggu mereka dibicara atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Peruntukan untuk tindakan dalaman itu dicadangkan dalam pindaan Pekeliling Perkhidmatan Awam (Tatatertib) yang sedang diteliti Pejabat Peguam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai ganti kepada hukuman ringan seperti amaran bertulis dan lisan sekarang. Berita Harian – 28 April 2010.

Adalah adil kakitangan awam yang belum dibicara dan disabitkan bersalah terus dikenakan hukuman seperti ditahan gaji, diturun pangkat atau dibuang kerja? Sedangkan mereka belum lagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Bayangkan jika mereka sebenarnya tidak bersalah, tidak kah ini satu penganiayaan kepada mereka? Lebih-lebih yang telah dibuang kerja. Tidak kah ini satu kezaliman kepada keluarga mereka?

Jadi kita tidak mahulah kerajaan membawa undang-undang zalim yang serupa dengan ISA ke dalam perkhidmatan awam. Mereka harus berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah hinggalah dibuktikan bersalah selaras dengan prinsip keadilan dalam Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 12:27 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter