Monday, May 02, 2011

MCA suruh PAS tinggalkan perjuangan Islam sebelum masuk BN!

Assalamualaikum.

MCA beri syarat PAS sertai BN.
AYER KEROH: MCA tidak membantah jika PAS mahu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan syarat parti itu perlu bersedia mengetepikan dasar menubuhkan negara Islam.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata pendirian MCA yang menolak penubuhan negara Islam adalah jelas dan diketahui parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.
“Saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya PAS keluar pakatan pembangkang adalah baik bagi perpaduan Melayu dan masyarakat Islam. “Jika mereka (PAS dan UMNO) ingin bertemu dan berbincang, kita tiada masalah. Dalam negara demokrasi, pelbagai pihak bebas mengadakan pertemuan dari masa ke masa bagi membincangkan isu bersama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kem Sumbang Saran Pemimpin MCA Nasional di sini semalam.
Soi Lek diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. Hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. Berita Harian - 2 Mei 2011.


Apa cerita ni Najib, Muhyidin? Kamu suruh PAS keluar Pakatan Rakyat, tinggalkan DAP kerana kononnya sejak PAS berkawan dengan DAP parti Islam ni makin lari daripada perjuangan Islam. Alih-alih PAS belum pun nyatakan hasrat mereka untuk sertai BN tetapi MCA rakan sebantal kamu tu dah syaratkan PAS tinggalkan perjuangan menubuhkan negara Islam sebelum masuk BN.

DAP tidak pernah suruh PAS tinggalkan dasar perjuangan Islam untuk parti-parti itu bergabung dalam Pakatan Rakyat, malahan hingga kini pun DAP tahu bahawa prinsip perjuangan PAS tidak pernah berubah iaitu penubuhan negara Islam. Jadi kita tahulah sekarang siapa sebenarnya yang gadaikan perjuangan agama dan bangsa demi Pakatan dan pemuafakatan politik.

posted by Lidah Penghunus @ 10:34 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter