Tuesday, May 03, 2011

Mengapa Najib hendak keluarkan kenyataan yang senada dengan Amerika?

Assalamualaikum.

PM: Dapat pulih imej Islam.
KUALA LUMPUR 2 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.
Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.
Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.
“Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.
“Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,’’ katanya. Utusan Malaysia – 3 Mei 2011.

Di sini saya ingin mempersoalkan kenyataan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang menyambut baik kematian Osama Bin Laden yang dituduh sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat. Kenyataan Najib ini seolah-olah menampakkan bahawa beliau senada dengan Amerika yang melabelkan Islam sebagai pengganas sedangkan kita maklum Amerika Syarikat sudah lama menunjukkan permusuhan mereka dengan orang Islam dan sentiasa akan melabelkan orang Islam sebagai pengganas walaupun mereka sebenarnya mempertahan diri. Adakah kenyataan Najib ini atas nasihat APCO? APCO yang kita sedia maklum dimiliki oleh Zionis yang sentiasa memusuhi Islam dan di belakang mereka adalah Amerika.

Apa yang hendak kita nyatakan di sini, method perjuangan PAS dan al-Qaeda adalah berbeza kerana PAS memperjuangkan Islam melalui jalan demokrasi dan pilihanraya. Tetapi kita menentang tindakan menuduh sesuatu kumpulan Islam sebagai pengganas yang terlibat dengan aktiviti keganasan tanpa sebarang bukti yang kukuh. Ini termasuklah di Malaysia yang menuduh sesuatu pihak sebagai pengganas lalu disumbat mereka ke kem tahanan Kemunting tanpa melalui proses perbicaraan yang adil. Semua ini dilakukan bagi mengampu Amerika dan Zionis yang tidak mahu lihat Islam itu bangkit dan seterusnya memadamkan roh jihad di dalam jiwa umat Islam.

posted by Lidah Penghunus @ 11:06 AM   1 comments

1 Comments:

At 3:51 PM, Blogger Angah said...

ohhh ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan PM kita ni...kesian Osama, ucapan takziah pun dia tak dapat :(

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter