Tuesday, May 10, 2011

Umno parti olok-olok.

Assalamualaikum.

UMNO adakan pilihan raya olok-olok Julai depan.
KUALA LUMPUR: UMNO dijadual mengadakan pilihan raya olok-olok bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang pada Julai depan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.
Katanya Barisan Nasional (BN) juga akan berbuat demikian tetapi tarikhnya dijangka dibincangkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Jumaat ini.
Beliau berkata, soal bilakah pilihan raya umum akan diadakan terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi UMNO tetap bersedia untuk mengadakan ‘dry run’.
“UMNO sudah mempunyai tarikhnya, mungkin pada bulan Julai tapi BN belum putuskan sehingga mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat ini,” katanya pada sidang akhbar di Menara Datuk Onn di sini, semalam. Berita Harian - 10 Mei 2011.


Nampaknya bolehlah Umno dan Barisan Nasional digelar sebagai parti olok-olok kerana buat pilihanraya olok-olok, buat video seks olok-olok, tuduhan liwat pun olok-olok kemudian buat sumpah olok-olok. Akhbar dan media kawalan mereka suka memperolokkan pembaca. Bayangkan jika pilihanraya yang betul-betul ni pun mereka menipu dan sanggup memperolokkan rakyat dengan pelbagai cara. Apatah lagi pilihanraya olok-olok.

Apa yang penting untuk saya sampaikan di sini apabila Umno dan BN sudah buat pilihanraya olok-olok berkemungkinan Pilihanraya Umum sudah tidak lama lagi, tidak mustahil dua atau tiga bulan sahaja lagi selepas tarikh berlangsungnya pilihanraya olok-olok yang mereka rancang. Kerana jika kita lihat kembali sebelum Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 lalu Umno dan BN telah mengadakan pilihanraya olok-olok pada 5 Januari 2008. Dua bulan selepas itu iaitu 8 Mac 2008 berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-12.

Jadi kita Pakatan Rakyat sudah semestinya dalam keadaan bersedia bukan sahaja untuk berhadapan dengan Barisan Nasional, malahan dengan jentera kerajaan pusat termasuk SPR, PDRM, TV3, RTM Utusan dan Berita Harian yang bertindak sebagai parti komponen mereka.

posted by Lidah Penghunus @ 1:06 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter