Wednesday, May 18, 2011

Shahrizat hairan dengan gerakan pindah pengundi? Kita lagi hairan.

Assalamualaikum.

Ada gerakan pindah pengundi Melayu - Shahrizat.
MELAKA 17 Mei - Wanita UMNO hari ini mendedahkan terdapatnya usaha pihak tertentu mengubah daftar pengundi khususnya dari kawasan Parlimen yang majoritinya Melayu ke Parlimen lain tanpa pengetahuan atau kebenaran pengundi.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima banyak laporan mengenai perkara itu yang melanda beberapa kawasan Parlimen termasuk di negeri ini.

Menurutnya, keadaan itu bertujuan mengurangkan dominasi atau majoriti pengundi Melayu di kawasan Parlimen oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Semakin banyak kita menerima maklumat seperti ini daripada Wanita Bahagian di beberapa Parlimen yang mengesan perkara ini ketika membuat pemeriksaan daftar pengundi dan mendapati pengundi sendiri tidak tahu tempat pengundian mereka diubah ke Parlimen lain," katanya. Utusan Malaysia - 18 Mei 2011.

Kalau bab pindah pengundi ni, lebih-lebih lagi dipindahkan tanpa pengetahuan atau kebenaran pengundi, maka pihak yang melakukan ini sudah tentu ianya mempunya akses kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR.

Sebagaimana yang kita maklum Jabatan Pendaftaran Negara di bawah kerajaan pusat dan SPR bukan lagi rahsia telah menjadi sebahagian daripada Umno dan Barisan Nasional. Jadi eloklah disiasat hingga ke akar umbi pihak mana yang menjadi dalang memindahkan pengundi secara besar-besaran ini terutama sekali di negeri Selangor.

posted by Lidah Penghunus @ 1:25 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter