Sunday, May 15, 2011

Akhbar Utusan dan prinsip kebebasan maklumat.

Assalamualaikum.

Guan Eng amal double standard.
PULAU PINANG 14 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa mengamalkan sikap double standard apabila melarang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, jika Setiausaha Agung DAP itu benar-benar mengamalkan dasar kebebasan bermaklumat (FOI), perkara tersebut tidak seharusnya berlaku.

Menurutnya, jika Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sering menyiarkan berita berunsur fitnah, akhbar dan portal propembangkang lebih dahsyat lagi.
"Perkara biasalah kalau akhbar mengkritik. Ia sebahagian daripada amalan FOI, itu normal.
"Cuba baca Roket, Harakah dan Suara Keadilan. Mereka lagi teruk menyiarkan fitnah," katanya. Berita Harian - 15 Mei 2011.

Maksud kebebasan bermaklumat dan kebebasan media yang kita laung-laungkan ialah akhbar memberikan berita yang tepat, benar dan seimbang serta memberikan peluang semua pihak tidak kira kerajaan atau pembangkang untuk akses kepada mereka.

Tetapi akhbar Utusan Malaysia ini sudahlah berat sebelah, tidak memberikan ruang yang luas kepada pembangkang berbanding parti pemerintah. Mereka tabur pula fitnah terhadap Pakatan Rakyat dengan isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama.

Jadi memang patutlah kerajaan negeri Pulau Pinang tidak benarkan wartawan mereka masuk Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Zahrain jangan samakan Utusan dengan Harakah, Suara Keadilan dan Roket. Ketiga-tiga berkenaan akhbar milik parti, untuk ahli sahaja.

Sedangkan Utusan sepatutnya akhbar untuk semua rakyat tetapi sudah diperkudakan oleh Umno. Ini didedahkan sendiri oleh Presiden NUJ yang juga bekas wartawan Utusan yang telah dipecat, Hata Wahari tentang pengawalan berita-berita dalam Utusan oleh pemimpin Umno. Seperti yang saya perkatakan dahulu sepatutnya Umno juga perlu ada akhbar sendiri dan mungkin boleh dinamakan sebagai Serakah.

posted by Lidah Penghunus @ 3:36 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter