Wednesday, November 23, 2011

Rakyat bukan 'kaki demo' juga kena bantah Akta Perhimpunan Aman.

Assalamualaikum.

Akta Perhimpunan Aman usaha BN sekat kebebasan.
Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.
Menurut Mohamed Hanipa (kiri) yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat.
Beliau juga dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami sekatan terbaru yang cuba dikuatkuasakan ke atas rakyat itu.
“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ia tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.
“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” katanya. http://malaysiakini.com - 23 November 2011.

Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia lebih-lebih mereka yang tidak pernah terlibat dengan demonstrasi aman, Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 ini tiada kena-mengena dengan mereka, maka tiada keperluan mendesak untuk mereka untuk membantah RUU yang akan menyekat kebebasan berhimpun ini. Bagi mereka bantahan terhadap RUU Perhimpunan Aman ini adalah urusan mereka yang 'kaki demo' sahaja.

Tetapi mereka harus ingat melalui kaedah demonstrasi inilah nasib mereka terbela. Kerajaan BN takut untuk naikkan harga petrol RON95 kerana PROTES sering berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak. PPSMI yang menyusahkan majoriti pelajar itu juga dimansuhkan ekoran daripada demonstrasi besar-besaran daripada GMP dan banyak lagi perkara yang merugikan rakyat tidak dilakukan oleh kerajaan BN hasil daripada demonstrasi aman ini.

Dalam erti kata lain andaikata RUU ini diluluskan maka tiada lagilah orang yang akan berdemonstrasi untuk mereka jika timbul sesuatu isu yang merugikan mereka rakyat Malaysia. Oleh sebab itulah walaupun mereka bukan 'kaki demo' tetapi mereka harus membantah RUU Perhimpunan Aman 2011 ini agar ada pihak yang boleh berdemonstrasi untuk membela nasib mereka.

Di sini kita maklum bahawa BN mempunyai majoriti di Dewan Rakyat dan seperti juga RUU Kg Baru, berkemungkinan besar RUU ini akan luluskan juga. Maka tidak ada cara lain lagi untuk membantah RUU Perhimpunan Aman ini melainkan melalui peti undi pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

posted by Lidah Penghunus @ 1:00 PM   1 comments

1 Comments:

At 9:11 PM, Blogger Abu Idris said...


arrayah.info
- Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bertentangan Al-Quran dan Sunnah

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter