Wednesday, June 14, 2006

Piala Dunia- Antara kenyataan yang semata-mata keduniaan dengan kenyataan yang tidak meminggirkan akhirat.

Assalamualaikum.

Bila sebut sahaja Piala Dunia tidak perlulah saya ulas panjang kerana tema "perbualan seluruh dunia" sudah cukup sebagai gambaran, kalau tidak masakan blog ini juga ada memperkatakan tentangnya. Cumanya apa yang ingin saya sentuh di sini ialah tentang teguran dan nasihat pihak kerajaan dan menteri beberapa hari sebelum berlangsungnya kejohanan Piala Dunia kepada kakitangan kerajaan.

Dalam nasihat tersebut salah seorang menteri kabinet dalam kerajaan menasihatkan kakitangan kerajaan terutama sekali peminat Piala Dunia agar jangan sehingga mengabaikan tugas terutamanya dalam menjayakan RMK9. Namun nasihat kerajaan ini lebih kepada keduniaan, tidak pun mengingatkan tentang tanggungjawab mereka khususnya yang muslim sebagai orang islam.

Ini berbeza dengan pandangan beberapa orang ulama'. Meraka juga telah membuktikan bahawa ulama' juga mengambil tahu tentang perkembangan sukan khususnya Piala Dunia, namun begitu mereka tetap menasihatkan umat islam agar tidak sampai terleka dan meninggalkan solat semata-mata kerana keghairahan terhadap Piala Dunia

posted by Lidah Penghunus @ 1:28 PM   1 comments

1 Comments:

At 2:41 PM, Anonymous Anonymous said...

kasihan. Khabarnya bendera Arab Saudi yg ada kalimah Tauhid juga diletakkan pada bola yg disepak.

Kerana itulah ketetapan FIFA. Bendera negara yg menyertai akan dicetak pada bola. Cth jika Arab Saudi vs Sweden, maka bendera Arab dan Sweden dicetak utk bole yg digunakan dlm perlawanan itu.

 

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter