Thursday, November 01, 2007

Apa kata saya

Assalamualaikum.

Saya mulakan penulisan blog hari ini dengan petikan sebuah kartun;




Dipetik daripada Utusan Malaysia - 1 November 2007.

Jika setakat tambang pengangkutan udara yang turun ianya tidak memberikan banyak makna sebenarnya kepada rakyat keseluruhan yang sekian lama dihimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan. Berapa kerap sangat rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan udara dan berapa kerat sangat rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah menggunakan perkhidmatan MAS.


Keyakinan Pas mula goyah.
KOTA BAHARU 31 Okt. – Sasaran Pas memenangi 40 kerusi Parlimen di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang kini berubah apabila naib presiden parti itu yakin hanya memenangi 20 sehingga 30 kerusi.
Datuk Husam Musa yang juga anggota exco kerajaan negeri Kelantan berkata, Pas mempunyai dua sasaran berbeza berasaskan perubahan semasa mood pengundi.
“Dapat 40 kerusi itu sasaran utama kita, tetapi, kita juga ada sasaran B, dapatkan 20 hingga 30 kerusi. “Memang sudah ada cuma saya tak umum saja sasaran B ni, sengaja kita sembunyi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, jika Pas gagal mencapai sasaran A, mungkin mendapat bilangan kerusi lebih rendah di bawah sasaran B.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas berapa kerusi yang mampu dimenangi Pas ketika ini walaupun pernah mengumumkan parti itu yakin menang 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, pihaknya masih meneliti peratusan semasa sokongan terhadap Pas.
“Ia tertakluk kepada perubahan..., jika swing penyokong Pas lebih daripada 15 peratus, kita akan capai B. Jika ’swing’ kurang daripada 15 peratus, kita masih boleh capai sasaran A,” katanya. Utusan Malaysia - 1 November 2007.


Petikan daripada Harakahdaily;

PAS mampu menangi 70 kerusi! - Husam tepis dakwaan Utusan
Razak Beghani Thu Nov 01, 07 11:24:47 am MYT
KOTA BHARU, 1 Nov (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, dengan pelbagai isu semasa yang melanda negara dan kepimpinannya, PAS bertambah yakin akan dapat memenangi lebih banyak kerusi parlimen dengan meletakkan sasaran kerusi yang lebih besar.

Tegas beliau, walaupun PAS sudah menetapkan 40 kerusi untuk dimenangi, namun mendapat keyakinan baru berikutan perkembangan isu semasa dan menambah lagi sasarannya sebagai strategi parti itu menghadapi PRU ke 12.
"40 kerusi sasaran utama kita kategori kelas A, tapi dengan pelbagai isu terkini, kita menambah 20 hingga 30 kerusi lagi yang saya sifatkan sebagai target kategori kelas B," ujarnya.
Menurut beliau, sekiranya dicampur kedua-dua target kelas A dan B tersebut, PAS mampu memenangi sehingga 70 kerusi parlimen.
Husam berkata sekiranya berlaku 'vote swing' 15 peratus dari penyokong BN kepada pembangkang, sasaran 40 kerusi itu tercapai.
"Sekiranya berlaku 'vote swing' melebihi 15 peratus, maka sasaran di antara 60 hingga 70 kerusi mampu dicapai," ujarnya.
Husam berharap penjelasan beliau dapat memperbetulkan kekeliruan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk "Keyakinan PAS Mula Goyah".

Dipetik daripada laman web http://www.harakahdaily.net - 1 November 2007.

Lihatlah betapa bodohnya wartawan media perdana yang di kawal oleh parti pemerintah ini.


Ramli didakwa hari ini -- Dijangka dihadapkan atas tuduhan berkaitan pemilikan harta.
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff dijangka didakwa di mahkamah esok di bawah Seksyen 32 (1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 berhubung pengisytiharan aset-aset yang dimilikinya.
Ramli, 55, akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan berkaitan maklumat hartanya selepas Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil beliau memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu di ibu pejabat BPR di Putrajaya dekat sini.
Kertas siasatan terhadap Ramli yang dibuka pada Julai lalu telah lengkap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara baru-baru ini.
Utusan Malaysia difahamkan, Jabatan Peguam Negara yang meneliti kertas siasatan itu bersetuju mengambil tindakan ke atas Ramli setelah berpuas hati dengan hasil siasatan BPR.
Pada 12 Oktober lalu, seorang peguam, Rosli Dahlan, 46, yang dikaitkan dengan Ramli telah didakwa di mahkamah di bawah seksyen yang sama.
Menurut kertas pertuduhan, Rosli didakwa menerima notis seperti yang dikehendaki oleh Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 32(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bertarikh 17 Julai lalu supaya memberikan pernyataan yang benar dan mendedahkan segala maklumat yang diketahui mengenai aset-asetnya.
Rosli, bagaimanapun, didakwa telah dengan sengaja tidak mematuhi terma-terma notis tersebut dalam pernyataan bersumpahnya bertarikh 20 September lalu apabila beliau tidak mendedahkan maklumat yang dikehendaki.
Semalam, Ramli dalam sidang akhbar tergempar selama kira-kira 45 minit di ibu pejabat JSJK di Jalan Dato’ Onn di sini mengesahkan dirinya sedang disiasat oleh BPR berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa serta memiliki aset bernilai RM27 juta.
Beliau menafikan memiliki aset sebanyak itu dan melahirkan perasaan kesal dengan tindakan BPR membocorkan maklumat kepada akhbar tertentu mengenai siasatan terhadap dirinya.
Ramli mendakwa maklumat siasatan itu sepatutnya dirahsiakan kerana penyiasatan badan tersebut sendiri belum lengkap manakala faktanya pula tidak benar.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, tidak sampai 24 jam selepas sidang akhbar mengejut Ramli semalam, BPR pagi ini bertindak memanggil kakak dan adik Pengarah JSJK Bukit Aman itu untuk membantu siasatan.


Ramli persoal tindakan BPR panggil kakak dan adiknya.
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia Datuk Ramli Yusuff berkata tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap kakak dan adik perempuannya boleh dipersoalkan.
Ramli berkata, ini kerana Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berpuashati dengan siasatan BPR dan kertas siasatan telah diserahkan kepadanya.
Ramli dalam satu kenyataan akhbar melalui peguamnya hari ini berkata, pada kira-kira pukul 9.15 pagi tiga pegawai BPR dari pejabat Kota Baharu ke rumah kakaknya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan dan meminta kakaknya itu mengikut mereka bagi tujuan mengambil kenyataan.
Beliau berkata, kakaknya Rohmah @ Hasmah Yusuff, 58, telah memberitahu pegawai-pegawai itu beliau perlu menjaga bapanya berusia 83 tahun yang mempunyai pelbagai penyakit.
“Kakak saya menawarkan untuk memberi kenyataannya di rumah, dengan alasan kesihatan ayah saya, tetapi beliau diberitahu akan ditangkap jika tidak mengikut mereka,” kata Ramli dalam kenyataan itu. Utusan Malaysia - 1 November 2007.


Saya tidak mahu komen tetapi saya berminat untuk membawa pembacaan tuan-tuan ke blog RoslanSMS yang mengulas berkaitan isu ini di http://n32.blogspot.com/


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 9 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 7:57 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter