Tuesday, October 30, 2007

Apa kata mereka.

Assalamualaikum.

Pengerusi PAC minta BPR tidak hanya tangkap 'bilis'.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Badan Pencegah Rasuah (BPR) bukan setakat menangkap ‘bilis’ malah mengheret sama ke muka pengadilan ‘jerung-jerung’ yang terlibat dalam penyelewengan seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2006.
Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Abdul Samad turut menggesa kerajaan menyenaraihitamkan syarikat-syarikat pembekal yang terlibat dalam kes salah urus dana awam itu.
‘‘Kita berasa sungguh kecewa dengan penyelewengan ini yang tidak seharusnya berlaku. Tindakan tegas perlu dikenakan sama kepada pembuat keputusan. Saya merasakan banyak lagi tangkapan boleh dibuat.
‘‘Adalah tidak wajar jika ‘bilis’ sahaja ditangkap memandangkan ‘jerung’ dilepaskan. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam urusan rundingan dan melakukan penyelewengan perlu didakwa,” Utusan Malaysia - 30 Oktober 2007.


Lihatlah, pengerusi PAC daripada ahli parlimen BN juga mahukan BPR menangkap 'jerung-jerung' korup di kalangan ahli BN ini. Beliau pun sudah muak dengan perangai ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional yang korup ini. Tidak hairanlah beliau pernah melepaskan jawatan pengerusi BBNBC atas sebab tak puas hati tentang isu ahli parlimen Jasin ketika dahulu.


Sultan Azlan Shah mahu badan kehakiman bebas.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah hakim bukan sahaja perlu bebas daripada pengaruh luar, malah, daripada pengaruh hakim lain.
Baginda bertitah, tiada seorang hakim kanan boleh menentukan keputusan penghakiman hakim lain.
‘‘Badan kehakiman negara akan kehilangan nilai dan perkhidmatan kepada masyarakat apabila orang ramai tidak lagi yakin kepada keputusan yang dibuat apabila hakim tidak bebas.
‘‘Untuk menjadikan badan kehakiman diyakini orang ramai, hakim perlu saksama, integritinya tidak dipersoalkan, tidak berat sebelah dan tidak diragui,’’ titah baginda. Utusan Malaysia - 30 Oktober 2007.


Sekarang sudah jelas bahawa badan kehakiman negara kita sudah dipersoalkan, masyarakat dan golongan peguam sendiri tidak yakin dengan badan kehakiman lebih-lebih lagi bila timbul isu klip video VK Lingam. Maka eloklah Ketua Hakim Negara yang sekarang ini meletakkan sahaja jawatan dan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat pendedahan video klip dan seterusnya memulihkan sistem kehakiman di negara ini.


Dr SMS kata dia bukan pelancong angkasa

Angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kecewa dan menyangkal dakwaan sesetengah pihak, kononnya beliau hanya 'pelancong angkasa' dan program angkasawan negara itu adalah satu pembaziran wang rakyat.
Beliau yang kesal dengan dakwaan itu berjanji untuk membuktikan bahawa dirinya setanding angkasawan lain serta bersedia berlatih di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat, supaya isu itu tidak lagi dibangkitkan. Berita Harian - 30 Oktober 2007.

Yang pertamanya kesediaan Dr SMS untuk berlatih di NASA seolah-olah beliau mengakui bahawa beliau belum layak digelar angkasawan sehinggalah mendapat pendidikan di NASA. Yang keduanya jika beliau benar-benar hendak belajar di NASA kita harap beliau gunakanlah duit sendiri, janganlah lagi guna duit rakyat. Kami yang belajar di IPTA juga terpaksa menggunakan duit sendiri atau meminjam darpada PTPTN.


Hishammuddin kata mahu teruskan tradisi hunus keris di perhimpunan Umno.

Umno Youth will continue to use the keris as its symbol at the coming party general assembly and believes that with time the non-Malays will become de-sensitised to it.
Youth chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said there was no need for the movement to be apologetic or defensive about it.
He believed there was “nothing sensitive with carrying on” the tradition started by the movement two years ago.
“I feel it is important we continue to do it so that the issue becomes de-sensitised over time. The Star - 30 Oktober 2007
.

Nampaknya keris sahajalah yang akan terus menghunus langit atau angin pada setiap perhimpunan agung Umno sedangkan nasib bangsa Melayu masih tidak terbela malahan terus terhimpit.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 11 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 5:55 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter