Tuesday, October 23, 2007

Pak Lah kata program angkasa lepas tidak membazir.

Assalamualaikum.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, peruntukan besar yang disediakan kerajaan untuk program angkasawan bukan satu pembaziran kerana banyak faedah diperoleh rakyat dan negara.
Perdana Menteri berkata, pembabitan dalam industri angkasa lepas juga antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
"Belanja besar (untuk program itu) bukan bermakna ia satu pembaziran. Kita ada wang dan kemampuan. Wang masih ada untuk menjalankan projek serta program yang akan membawa kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara," Berita Harian - 23 Oktober 2007.

Pak Lah lebih yakin untuk mengeluarkan kenyataan sebegini apabila Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam laporan akhbar semalam mempertahankan program angkasa lepas negara dengan mengatakan bahawa ianya tidak membazir;

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam membidas laporan Harakah yang mendakwa program menghantar angkasawan ke angkasa lepas sebagai pembaziran.
Menteri Besar Kelantan berkata, usaha Malaysia menghantar angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, ke angkasa lepas sebagai untuk mencari ilmu bukanlah pembaziran kerana ia dituntut agama.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas, berkata kajian mengenai langit dan bumi yang dijalankan menerusi program angkasa lepas adalah perintah Allah kepada hambanya. Berita Harian 22 Oktober 2007.

Di sini kita menerima kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu bahaya program angkasa lepas ini tidak membazir kerana tujuannya adalah untuk ilmu dan ianya amat dituntut dalam Islam. Namun di sini kita percaya kenyataan Tok Guru tidaklah hingga beliau bersetuju kerajaan mengabaikan permasalah rakyat di muka bumi Malaysia ini. Malahan andaikata program angkasawan ini dibuat oleh kerajaan Kelantan, saya percaya dalam masa yang sama juga segala permasalahan di negeri Kelantan terlebih dahulu dipastikan selesai.

Dalam kenyataan Pak Lah ini juga beliau mengatakan bahawa negara masih mempunyai wang dan berkemampuan untuk melaksanakan program demi kesejahteraan rakyat. Jika benar kata Pak Lah itu kita mahu lihatlah harga minyak dan Tol di negara ini turun, bonus di bayar kepada kakitangan awam dan gaji minimum RM900 untuk kakitangan swasta seperti yang dituntut oleh MTUC dipenuhi.


HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 18 HARI LAGI.

posted by Lidah Penghunus @ 5:53 PM   0 comments

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Free Hit Counter