Harga minyak nak naik lagi?
Assalamualaikum.
Sedia hadapi kenaikan harga minyak.
SEMPORNA 17 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meminta rakyat bersedia menerima kenaikan harga minyak jika harga minyak mentah dunia terus kekal meningkat.
Menterinya, Datuk Shafie Apdal berkata, kerajaan tidak mungkin mampu menanggung kos subsidi minyak jika harganya terus naik dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun, katanya, kenaikan itu tidak mungkin berlaku dalam tempoh terdekat kerana kerajaan telah berjanji akan mengekalkan harga minyak pada tahun ini.
“Bebanan kenaikan harga minyak sebenarnya tidak hanya ditanggung oleh rakyat yang tinggal di negara pengimport minyak tetapi juga mereka yang tinggal di negara-negara pengeluar minyak seperti Iran.
“Senario kenaikan harga berlaku ekoran beberapa faktor seperti keadaan cuaca yang tidak menentu selain peperangan dan pertelingkahan di Iraq,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di kediamannya di sini, hari ini.
Semalam, harga minyak mentah dunia mencatat rekod tertinggi iaitu AS87.96 (RM295.54) setong berikutan ketegangan politik antara Turki dan puak militan Kurdish. Utusan Malaysia - 18 Oktober 2007.
Apa yang kita persoalkan di sini, mengapa ketika paras harga minyak dunia pernah turun hingga ke angka USD 59 setong kerajaan tidak memberikan khabar gembira kepada rakyat agar sedia menikmati penurunan harga minyak? Tetapi apabila harga minyak dunia kembali melonjak tinggi rakyat pula harus bersedia untuk menghadapi bebanan kenaikan.
Dalamnya kenyataannya memang kerajaan berjanji bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat pada tahun ini, tetapi tahun 2008 kita tidak tahu bagaimana. Jika hendak dikirakan dengan harga minyak dunia yang turun serendah USD 59 setong dan harga minyak negara tidak diturunkan, ini bermakna ianya telah memberi kelebihan kepada Petronas dan kerajaan untuk tempoh yang tertentu. Maka adalah tidak sepatutnyalah jika dengan kenaikkan harga minyak dunia yang terkini kerajaan juga hendak menaikkan lagi harga minyak yang telah sedia membebankan rakyat ini.
Jika dilihat kepada punca kenaikan harga minyak dunia pada masa kini iaitu ketegangan politik antara Turki dan puak militan Kurdish, maka kita percaya bahawa ianya tidaklah sampai memakan masa yang lama. Maka lebihan yang Petronas dan kerajaan perolehi semasa harga minyak dunia rendah itu bolehlah digunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia yang terkini.
HIMPUNAN 100,000 RAKYAT - 22 HARI LAGI.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home